Sedang berlangsung ketika ini adalah pertandingan ratu cantik Miss Grand International (MGI) edisi 2021 di Bangkok, Thailand.
Seperti tahun-tahun lalu, 20 orang finalis daripada wakil negara yang menyertai MGI akn dipilih untuk melangkah ke peringkat seterusnya bagi pusingan pakaian mandi dan seterusnya, busana gaun.
Amat membanggakan apabila wakil Malaysia ke MGI 2021, Lishalliny Kanaran baru saja diumumkan sebagai salah seorang finalis yang mara ke pusingan Top 20 tersebut.
View this post on Instagram
Ia merupakan kali kedua wakil negara terpilih atas merit persembahan keseluruhan sebelum acara akhir dilangsungkan; dalam sejarah penyertaan Malaysia di MGI.
Sebelum ini pada bulan Mac lalu, wakil negara pada waktu itu iaitu Jasebel Robert berjaya melangkah ke pusingan Top 10 atas tiket kemenangan kategori Miss Popular Vote ataupun undian peminat.
Sedikit info mengenai Lishalliny Kanaran. Gadis kelahiran Selangor berusia 24 tahun memiliki rupa paras yang amat sinonim dengan gadis di Malaysia. Sekilas pandang, gadis berketinggian 175cm ini saling tidak tumpah seperti gadis Melayu.
Pemilihan Lishalliny pada bulan Julai lalu untuk mewakili Malaysia adalah menerusi pertandingan yang terpaksa dilangsungkan secara maya dek kekangan musim pandemik COVID-19 pada waktu itu. Lishalliny yang merupakan seorang pelajar jurusan Seni Bina tidak asing lagi dalam dunia pertandingan ratu cantik. Ini merupakan kali ketiga dia menyertai Miss Grand Malaysia. Kata orang, third time is a charm dan ternyata, dia telah membuktikannya pada malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Lishalliny Kanaran Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2021 – REMAJA
Selain menyertai seleksi Top 20, Lishalliny turut dinobatkan sebagai salah seorang daripada tiga pemenang kategori Kostum Nasional Terbaik sebentar tadi.
View this post on Instagram
Kostum yang merupakan hasil kerja pereka dari Sarawak, Aldrin Altristry telapun memukau juri dan penonton. Diinspirasikan daripada budaya dan kisah lagenda Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu, Lishalliny tidak berkeseorangan apabila dia ‘ditemani’ oleh tujuh puteri yang yang popular dalam kisah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Cantik Malaysia Angkut ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021 – REMAJA
Bagaimanapun, perjalanan Lishalliny ke pertandingan Miss Grand International 2021 tidak lari daripada kontroversi apabila perselisihan tercetus di antara pihak Miss Grand Malaysia dan pereka fesyen, Jimmy Couture. Pereka ternama itu telah mendakwa pihaknya ‘tertipu’ oleh Miss Grand Malaysia yang memilih busana gaun daripada pereka lain sedangkan mereka telah menemuinya dan berbincang mengenai soal rekaan. Malah busana tersebut telahpun disiapkan dan Jimmy sendiri telah mengeluarkan kos sendiri.
BACA LAGI : Pereka Fesyen Berang, Ratu Cantik Reject Busana Rekaannya Di Saat Akhir – REMAJA
Apapun, kita ke tepikan dahulu soal kontroversi itu. Sewajarnya, kita semua berbangga dengan kedudukan Malaysia di MGI 2021 dan diharap dengan kejayaan ini, wakil negara di pertandingan ratu cantik antarabangsa seterusnya mendapat suntikan semangat untuk teus meletakkan nama negara di kedudukan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Tahniah Lishalliny!
Kemas kini : Perjalananan Lishalliny di Miss Grand International 2021 terhenti setakat di peringkat Top 20 setelah pusingan pakaian mandi.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.