Wakil Poland Dinobatkan Miss World 2021, Cantik Persis Pelakon Margot Robbie!

Share

 

Setelah beberapa kali terpaksa ditangguhkan, pertandingan ratu cantik Miss World 2021 akhirnya menobatkan wakil dari Poland, Karolina Bielawska sebagai pemenang edisi ulang tahun ke-70nya pada pagi ini.

Miss World 2021, Karolina Bielawska dari Poland.
Berdiri pada ketinggian 1.79m, Karolina dilihat bersama Miss World 2019, Toni-Ann Singh.

Bertempat di Coca-Cola Music Hall, San Juan di Puerto Rico, Karolina merupakan salah seorang peserta kegemaran ramai yang diramalkan mampu membawa pulang gelaran Miss World kembali ke negaranya.

Ini susulan peranan Poland yang memainkan tanggungjawab sebagai negara jiran kepada Ukraine dengan membenarkan jutaan penduduknya memasuki sempadan Poland demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa konflik bergolak yang sedang berlaku sekarang di sana.

Karolina telah mengenepikan 96 wakil negara lain untuk dimahkotakan oleh pemenang Miss World terdahulu dari Jamaica, Toni-Ann Singh. Sementara itu, wakil Amerika Syarikat berketurunan India, Shree Saini dinamakan sebagai naib juara manakala wakil Cote d’Ivoire iaitu Olivia Yace pula berpuas hati di kedudukan ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN : Unik Berkebaya, Busana Miss World Malaysia 2021 Raih Pujian – REMAJA

Selain petah berkata-kata dalam kesemua segmen pertandingan di Miss World 2021, kecantikan raut wajah Karolina juga tidak boleh dinafikan.

(Dari Kiri) : Karolina Bielawska dan Margot Robbie
(Dari Kiri) : Margot Robbie dan Karolina Bielawska.

Gadis berusia 23 tahun ini kerap kali disamakan dengan pelakon Australia, Margot Robbie (Suicide Squad, The Wolf of the Wall Street) terutamanya pada bahagian mata, senyuman dan of course, rambut perang yang mereka berdua miliki.

Untuk pengetahuan semua, penganjuran pentas akhir Miss World 2021 telah berdepan pelbagai cabaran dan terpaksa dianjakkan ke tarikh baharu berikutan pandemik COVID-19 yang menyerang beberapa peserta dan para krunya pada Disember, tahun lalu.

BACA LAGI : Kluster MISS WORLD! Beberapa Jam Sebelum Bermula, Pertandingan Ditunda Akibat Kes Covid-19 – REMAJA

Justeru, Karolina Bielawska dijangka memiliki tempoh yang lebih pendek untuk memegang gelaran Miss World 2021 kerana mengikut perancangan, edisi ke-71 pertandingan ini tetap akan dilangsungkan pada tahun ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ