Walau CIMB Dah Keluar Kenyataan “Direct Debit”, Pelanggan Masih Bengang Kerana Ada Kata Tak Buat Pembelian Pun

Share

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelanggan CIMB membuat semakan di akaun masing-masing dan mendapati di transaksi tertulis “direct debit”. Ada memakan jumlah ribu, ada yang ratus mahupun cecah belasan ringgit. Tertanya-tanya apa yang berlaku kerana bank sudah tidak dibuka malam, pengguna CIMB meluahkan rasa marah dan kecewa atas kejadian yang berlaku dan mendakwa kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di CIMB.

Bagaimana pun pagi ini di fb CIMB, pihak bank berkenaan telah memuat turun kenyataan yang memaklumkan bahawa Direct Debit yang dipotong dari akaun pengguna adalah transaksi debi sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Malah pihak CIMB turut meminta maaf di atas kekeliruan yang timbul kerana direct debit itu adalah transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan/ perkhidmatan penstriman dalam talian.

Kenyatan penuh pihak CIMB berkaitan isu ini sejak dua jam lalu (ketika artikel ini ditulis).

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.

Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.

 Walau pun pihak CIMB sudah mengeluarkan kenyataan, tapi nampaknya rasa tidak puas hati pelanggan kerana ada sebahagian dari mereka mendakwa tidak ada pun membuat sebarang pembelian. Jadi bagaimana akaun mereka ada direct debit seperti kenyataan yang CIMB keluarkan.


So korang, kalau ada masalah dengan akaun tu please check la ya. Mana tahu berlaku hal yang sama juga.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros