Sudah lama tidak dengar perkhabaran anak seni seorang ini, agak lama wajahnya tidak mewarnai layar skrin tempatan. Sudah pastinya para peminat merindui penglibatan figura ini dalam dunia hiburan tanah air.
Bagi yang mengenali Datin Seri Zizie Izette, tentu sudah terbayang lakonan hebatnya dalam memegang pelbagai karakter menerusi naskhah tempatan pada ketika dahulu.
Terbaharu, penampilan isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin ini menerusi foto yang dimuat naik jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin di platfrom Instagram telah mencuri perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Lebih Banyak Memori Indah Dapat Dicipta” Dedikasi Terindah Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Ke-44
Menerusi perkongsian tersebut, Saidatulnisa memuji kecantikan selepas mendapat sentuhan solekan daripadanya. Tidak dinafikan, penampilan pelakon berusia 45 tahun itu sangat anggun dan jelita dengan menggayakan busana rona hitam hasil pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.
“The ever stunning DS Zizie Izette. Thank you. Attire by @rizmanruzaini,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut memuji kejelitaan wajah kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini.
“Lawanya dia sekarang,” komen ringkas seorang pengguna.
“Cantik. Look seiras dengan Umi Aida (pelakon) at a glance,” komen pengguna lain.
“Semakin syantek (cantik),” komen juga yang lain.
Namun tidak kurang juga ada segelintir netizen menegur dan mempersoalkan gaya Zizie yang hanya memakai topi untuk menutup sebahagian rambutnya.
“Sudah terlepas tudungnya, apa pun cantiknya hasil solekan puan…,” komen seorang warganet.
“So stunning but not your original look anymore. Ironicaly, no more hijab too. Janganlah macam ini Zizie. We all are getting older although look younger. I miss the old you!” komen panjang pengguna lain.
“Tudungnya mana? Keluar pula rambut perang. Subhanallah,” komen juga pengguna lain.
Melihat pada hantaran lain, jurusolek itu juga ada memuat naik beberapa keping foto lain yang memperlihat pelakon mendapat sentuhan solekan hasil tangannya.
Susulan daripada itu, ramai netizen akui rindu melihat penampilan Zizie dahulu yang manis bertudung.
Sebagai redkod, Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang anak, Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga menjaga dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Saidatulnisa Amiruddin