“Walaupun Ada Cuba Meniru, Keaslian Bawal Scarf Masih Milik Saya..” Norjuma Habib Muncul Semula!

Share

Sekian lama mengundurkan diri daripada tontonan khalayak baik di kaca televisyen mahupun di media massa, Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed semalam telahpun meluangkan masa bersama rakan media di sebuah majlis yang diaturkan oleh pihaknya.

Tentu sekali, setelah lama tidak bersua muka dengan bekas pemenang Pencarian Pengacara Jemputan Nona 2022 ini, pelbagai persoalan timbul bagi mengetahui perkembahan terkini kehidupannya.

Norjuma berseloroh apabila ditanyakan mengenai keberadaannya selama ini dan berkata, “Kuarantin kot,” sambil tertawa kecil.

“Memang saya perlukan masa sendiri. Memang saya ambil masa 2 hingga 3 tahun ini untuk berehat dan berfikir. Pada masa yang sama, (saya) menumpukan perhatian kepada keluarga. Kepada insan-insan yang saya cintai.

“Jadi sekarang saya terfikir, mari ‘ingatkan’ semua orang (bahawa) rekaan-rekaan (hijab) yang berada di pasaran (sekarang) kebanyakannya adalah idea saya. Itu sahaja,” katanya.

Aidijuma Akan Kembali?

Bagi korang yang tidak begitu mengenali keperibadian Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed, tentunya korang familiar dengan jenama fesyen hijab bawal, Aidjuma yang pernah dibina oleh beliau sebelum ini.

Empayar Bawal Scarf dan Aidijuma begitu sinonim dengan hijabi muda di Malaysia, malah rekaan tudungnya masih relevan dan terus digayakan oleh ramai hijabi hingga ke hari ini.

Antara rekaan yang pernah dipopularkan oleh jenama Aidijuma.

“Sepanjang 13 tahun dalam bidang ini dan membangunkan jenama Bawal Scarf, saya dan semua (ahli pasukannya) sudah bekerja keras dan sebab itu, walaupun ada yang cuba meniru, namun keaslian Bawal Scarf itu masih milik saya,” komennya.

Ouh, siapa yang dimaksudkan oleh Norjuma itu?

Tambah beliau, empayar itu terbina bukan sahaja di atas usaha keras beliau tetapi juga pasukan yang berada bersamanya. Merekalah yang tampil membantu di saat beliau sibuk menentukan hala tuju rekaan dan melakukan kajian mengenai perniagaan hijab itu.

“Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya diri sendiri. Saya memilih cara sendiri dan bukannya untuk mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak,” ulas anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.

Mengenai keinginan peminat jenama Bawal Scarf untuk melihat ‘comeback’ dan koleksi baharu dikeluarkan olehnya, Norjuma memaklumkan beliau kini bersedia untuk ‘menghadiahkan’ sesuatu yang baru kepada pelanggan setianya.

Beliau ingin menghasilkan koleksi rekaan terbaru hasil ciptaannya sendiri dengan nada yang lebih segar. Tak sabar!

All the best Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahulu Mereka Juara Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa, Kini Manis Berhijab – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ