Walaupun Bermesyuarat Hari Ini, Tiada Pengumuman Khas PKP Akan Dibuat

Share

 

Rakyat dinasihatkan untuk menghentikan penyebaran berita yang tidak benar.

Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bahawa tiada pengumuman khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibuat berkaitan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh atau apa-apa berkaitan dengan wabak COVID-19.

Terdahulu, tular satu poster menerusi aplikasi mesej yang kononnya mendakwa sebuah perutusan khas akan dilangsungkan pada jam 9.00 malam ini di saluran massa seperti RTM, Astro Aani, TV3 dan BERNAMA.

Ia dinyakini ramai berkait rapat dengan pengumuman PKP menyeluruh di seluruh negara seperti yang dicanang-canang di media sosial sepanjang minggu ini memandangkan jumlah kes baharu COVID-19 yang mencecah angka 6000.

Bagaimanapun, sebetulnya hanya mesyuarat membabitkan Perdana Menteri, MKN, Ketua Menteri dan semua Menteri Besar saja yang dilangsungkan pada petang tadi; seperti yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Kerajaan Akan Umum PKP Menyeluruh Atau Tidak Pada Hari Esok – REMAJA

Ingat guys, tidak pasti jangan kongsi.

Published by
FZ