Walaupun Datang Solo, Vixx Leo Nak Buat Yang Terbaik Demi Starlight

Share

Ahli grup Vixx, Leo mengakui rasa janggal hadir ke Malaysia tanda kehadiran ahlinya yang lain namun itu tidak bermakna dia tidak akan memberikan 100 peratus dalam persembahannya nanti.

Dia berkata demikian ketika sidang media untuk K-Performance Show 2019 di Plenary Hall, KLCC pada Jumaat.

“Sebagai artis solo ke Malaysia, saya rindukan ahli-ahli saya yang lain. Sebenarnya bila saya sampai di lapangan terbang dan lihat ramai peminat mengalu-alukan kehadiran saya di sini membuatkan saya rasa sangat bersalah sebab kami (VIXX) tak buat persembahan di Malaysia.

“Walaupun hanya saya seorang tanpa ahli kumpulan, saya ingin sekali melakukan persembahan yang terbaik untuk starlight,” katanya.

Dalam pada itu, Leo turut berkongsi makanan kegemaran terbarunya di Malaysia.

“Saya suka nasi lemak. Hari ini sahaja dah dua kali saya makan makanan itu. Mungkin saya akan terus makan sampailah saya balik,” tambahnya lagi.

Untuk pengetahuan, Leo hadir ke Malaysia sebagai salah satu perfomer yang akan membuat persembahan di K-Perfomance Show 2019 yang dibawakan oleh Korea Tourism Organization bertempat di Plenary Hall, KLCC dan berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan Ahad ini.

Selain Leo, terdapat juga persembahan daripada JUMP, The Painters, Let’s Dance Crazy dan juga T-Bird.

Published by
Khaleeda