Dikenali sebagai figura yang sangat popular dalam dunia fesyen, Gigi Hadid menggunakan ‘kuasa’ laman sosial untuk sama-sama memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengecam tindakan tenteta Israel yang membunuh seramai 60 orang penunjuk perasaan termasuk lapan orang kanak-kanak pada Isnin lalu.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Gigi Hadid yang secara terbuka memberikan sokongannya kepada rakyat Plesti secara terbuka dan lantang di Twitter.
Tragedi serangan tentera Israel yang tidak beperikemanusiaan itu berlaku selepas satu protes diadakan bai memperingati kejadian ‘al-Nakba’, di mana lebih 700 ribu rakyat Pelstin diusir dari tanah air mereka pada 1948. Protes itu juga berlangsung secara kebetulan dengan pemindahan pejabat Duta Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis.
Menerusi akauan Twitter
, Gigi Hadid berkongsi petikan artikel dari Al Jazeera berserta foto yang menyeru orang ramai untuk memperingati ‘Al-Nakba’.Jelasnya, “saya sudah mengatakannya sebelum ini dan akan mengatakannya sekali lagi. Bagi saya, isu ini bukan tentang agama atau persengketaan antara satu sama lain – ia adalah tentang ketamakan”. Tweet tersebut turut disertakan dengan hashtag #freepalestine #freegaze #coexist dan emoji ‘peace’ dalam tweet seterusnya.
Walau bagaimapaun terdapat pihak terutamanya pengguna Twitter pro-zionis telah menempelak tindakan Gigi Hadid tersebut. Sebagai contoh, akaun Stand Wit Us (akaun inisiatif pendidikan Israel pro-Zionis) yang mendakwa tindakan tentera tersebut sebagai mempertahankan diri dan turut jengkel dengan penggunaan perkataan ‘tamak’ terhadap Israel.
Tetapi dengan penuh tenang Gigi Hadid membalas, “apa yang saya katakan ialah untuk rakyat Palestin dan Israel hidup aman seperti dahulu kala – bulannya hidup dalam ketamakan”.
Gigi Hadid yang juga mempunyai darah keturunan Palestin menegaskan dia bukanlah mempunyai agenda ‘anti’ kepada mana-mana pihak. Dia juga menlahirkan kekecewaan apabuila kenyataannya sering dipuatr belit terutama oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan Palestin.
Ini bukalah kali pertama ahli keluarga Hadid bersuara mengenai konflik ini. Selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan akan memindahkan pejabat Kedutaan AS ke Baitulmaqdis, adik Gigi iaitu Bella Hadid turut melahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin menerusi akauan Instagram miliknya.
Sekali lagi, tahniah buat Gigi Hadid yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kebobrokan rejim Zionis. Semoga keberanian Gigi Hadid ini menjadi inspirasi buat kita untuk tidak takut menyuarakan pendapat jika kita yakin berada di phak yang benar.