Seperti yang kita tahu Ukraine dan Rusia masih lagi berada dalam kancah peperangan, pergolakan yang terjadi di antara kedua-dua buah negara eropah ini menjadi perhatian perhatian dunia.
Walaupun kerajaan dua negara ini memiliki agenda tersendiri, namun walau apapun tujuannya insan yang paling terkesan semestinya rakyat. Sektor ekonomi menjadi lumpuh dengan segala kekacauan yang berlaku.
Namun begitu, peperangan tidak menghalang organisasi Miss Ukraine Universe melantik wakil negara yang baharu untuk ke pentas Miss Universe. Tidak mengadakan pertandingan seperti tahun sebelum ini, sebaliknya mereka sebulat suara membuat pemilihan secara dalaman bagi memilih wakil terbaharu.
Sehubungan itu, Viktoria Apanasenko yang merupakan naib juara Miss Ukraine Universe 2021 telah dilantik sebagai Miss Ukraine Universe 2022. Wanita berusia 28 tahun ini merupakan seorang pergawati dan juga sukarelawan, bukan sekadar cantik, dia memiliki ijazah dalam bidang kerja sosial daripada Fakulti Psikologi di Taras Shevchenko National University of Kyiv.
Sepanjang perang yang berlaku di negaranya, dia mengambil inisiatif untuk memulakan kempen bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan dan juga bekerjasama untuk membekalkan makanan kepada tentera Ukraine.
Ads
Menerima berita yang dia dilantik sebagai Miss Ukraine Universe yang baharu ketika sedang melakukan aktiviti kesukarelawanan, Viktoria berkongsi rasa di media sosial. Ujarnya, “Ini merupakan impian saya sejak kanak-kanak. Mungkin untuk pertama kalinya selama ini, saya menangis kegembiraan.
“Sepanjang melakukan kerja sebagai sukarelawan, melihat ke dalam mata rakyat Ukraine, saya nampak kekuatan yang mengagumkan. Perkara ini memotivasikan saya untuk berjuang di pentas Miss Universe.”
Ads
Menerusi penyertaannya di dalam pertandingan ini, oragnisasi Miss Ukraine Universe berharap agar membuka mata dunia mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu sekaligus membuka ruang untuk mereka meraih lebih banyak bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Secara rasminya, gadis eksotik berketurunan Cina-India, Melisha Lin telah dimahkotakan dengan tiara rasmi Miss Supranational Malaysia 2022, pada 17 Jun lalu.
Bertempat di lokasi penaja rasmi tiara iaitu CERES Jewels, Melisha, 24 kelihatan cukup manis, peramah dan paling utama, bersedia untuk menggalas tugas mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2022 yang bakal dilangsungkan di Poland, tidak lama lagi.
Apa yang menjadikan upacara pemahkotaan kali ini bersejarah adalah kerana ia secara tidak langsung menamatkan ‘kemarau’ empat tahun sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss Supranational.
Kali terakhir adalah menerusi pelakon dan model jelita, Sanjna Suri pada tahun 2018 di mana dia telah menempatkan diri dalam kelompok 25 peserta terbaik. Sanjna yang turut ditemui di majlis yang sama meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dia memiliki pengganti setelah tempoh yang cukup lama.
Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjna Suri.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Melisha. Saya percaya dia mempunyai segala ciri-ciri sebagai seorang ratu. Bukan hanya cantik, dia juga bekerja keras dan berdedikasi. Saya berharap Melisha akan benar-benar menikmati masanya di Poland kerana peluang tersebut hanya akan datang sekali seumur hidup,” pesan Sanjna.
*
Pada majlis tersebut, Sanjna telahpun menyerahkan mahkota tajaan CERES kepada Melisha yang khabarnya bernilai USD1.5 juta atau kira-kira RM6.6 juta!
Jika korang perasan, tiara tersebut merupakan tiara sama yang pernah ditaja oleh CERES sewaktu berkolaborasi dengan sebuah lagi pertandingan ratu cantik di Malaysia, tidak lama dahulu.
Dalam ucapannya yang diselit sedikit perasaan sebak, Melisha melihat perjalanannya dalam platform Miss Supranational sebagai satu pengalaman yang memberinya seribu satu makna.
“Saya berterima kasih kepada Pengarah Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2022, Dr Sean Wong, Encik Eric Goh, para penaja saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak putus-putus memberikan sokongan selama ini.
“Saya memulakan ‘perjalanan Supra’ saya pada tahun 2020 dan ia penuh dengan rasa minat serta dedikasi tinggi; demi mengharungi cabaran-cabaran yang hadir dengannya. Akhirnya, tiba juga masa yang saya nanti-nantikan.
“Tinggal seminggu saja lagi sebelum saya bertolak ke Poland pada malam 26 Jun 2022 dan membawa nama Malaysia di Miss Supranational 2022,” umum graduan jurusan Pengurusan Pemasaran ini dengan penuh bertenaga.
Melisha terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik Supra Star Search dan menduduki kedudukan Naib Juara. Bak katanya sendiri, “Takdirnya (untuk menang) tidak dinafikan tetapi hanya ditangguhkan seketika.” (“My destiny was not denied but just delayed.”)
“Saya amat bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia ke Poland. Saya teruja dengan peluang ini dan buat organisasi Miss Supranational, terima kasih kerana sekali lagi menerima penyertaan Malaysia setelah empat tahun (negara) tidak menghantar wakil ke sana.
“Ingatlah (kepada semua yang menyokongnya), usah pernah takut untuk mencuba, jangan biarkan kegagalan lampau menghantui anda dan hanya diri anda yang menakrifkan siapa anda yang sekarang,” tambahnya lagi.
Relatifnya, Melisha tidak mempunyai tempoh masa penyediaan terpanjang dalam kalangan ratu cantik dari Malaysia sebelum bertanding di peringkat antarabangsa. Kira-kira sebulan saja masa yang dimiliki Melisha. Bayangkan, dia dimahkotakan secara rasmi hanya sembilan hari sebelum bertolak.
Namun percayalah, Melisha telah menggunakan waktu yang ada ini untuk betul-betul mempersiapkan apa yang patut untuk memberi saingan terbaik. “Selain menghabiskan waktu-waktu terakhir ini untuk menyiapkan penggambaran ‘look book’ saya (OOTD Melisha di Poland kelak), ada beberapa video lain yang perlu saya siapkan untuk dihantarkan kepada pihak Miss Supranational.
“Ya, banyak juga perkara yang perlu saya lakukan sebelum hari Ahad ini tetapi saya tetap teruja,” katanya yang telahpun menyiapkan tiga gaun malam untuk dipilihnya menjelang acara kemuncak Miss Supranational 2022.
Jangan lupa untuk mengundi Malaysia dan Melisha bagi Miss Supranational 2022 apabila info lanjut mengenai proses pengundian diberitahu kelak. Ayuh Malaysia! Kita pernah menjadikan impian beberapa ratu cantik negara tercapai menerusi undian peminat sebelum ini. Jadikan impian Melisha untuk membuka langkah seterusnya di pentas Miss Supranational 2022 satu kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersaksikan langit yang megah dan lautan nan biru, empat ratu cantik Malaysia berkumpul di Pulau Langkawi. Masing-masing tampil cantik dalam persalinan bermotifkan batik menyerlahkan gaya Malaysiana yang cukup anggun.
Deborah Henry (Miss World Malaysia 2007 & Miss Universe Malaysia 2011), Chloe Chen (Miss World Malaysia 2011), Shweta Sekhon (Miss Universe Malaysia 2019) dan Francisca Luhong James (Miss Universe Malaysia 2020) mengenakan solekan tipis pada wajah dengan rambut didandan kemas menyerlahkan lagi keaslian wajah mereka.
Chloe Chen, Miss World Malaysia 2011Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020
Kehadiran mereka berempat di pulau terkenal itu bagi memeriahkan acara persembahan fesyen koleksi cruise 2023 oleh jenama terkenal tempatan, RAEESA. Masing-masing hadir sebagai pengacara dan juga peragawati kelihatan sangat anggun mengenakan rekaan yang sajak pada tubuh.
Sentuhan klasik dengan potongan bersih dan kombinasi warna moden adalah identiti signature RAEESA. Setiap satu rekaan dibiarkan tidak terlalu kompleks agar menyerlahkan kecantikan corak fabrik yang diterapkan, tambahan lagi ia mampu menyerlahkan personaliti si pemakai.
Deborah Henry, Chloe Chen, Shweta Sekhon dan Francisca Luhong James bersama dengan pengasas dan pemilik jenama RAEESA, Erny Yusmiarty serta pengurus Besar The Ritz-Carlton Langkawi, Ellen Franke.Deborah Henry, Miss Universe Malaysia 2011 & Miss World Malaysia 2007.
Diadakan di The Ritz-Carlton Langkawi, lukisan batik dengan unsur abstrak, garis grafik moden dan warna pastel dan terang menjadi kombo sempurna digarap ke dalam koleksi yang menampilkan gaya kontemporari moden ini.
Menariknya, acara fesyen itu mempamerkan karya baharu dan eksklusif diberi nama yang diilhamkan oleh vila di The Ritz-Carlton Langkawi sambil mengekalkan gaya batik istimewa RAEESA sempena ulang tahun kelima hotel mewah tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah korang, satu daripada empat remaja perempuan di seluruh dunia enggan bergiat aktif dalam aktiviti sukan; dan salah satu punca utama adalah kerana risiko kebocoran yang terjadi semasa mereka datang bulan.
Ikutkan hati, ingin saja kita mengisi masa melakukan aktiviti seperti berlari, memanjat dinding (wall climbing) berbasikal, berenang dan sebagainya. Namun apabila timbul isu seperti kebocoran atau ketidak selesaan pada fabrik pakaian aktif, mulalah semangat untuk bersenam dan bersukan itu luntur.
REMAJA tertarik dengan enam pilihan terbaru daripada koleksi activewear enam jenama ini. Bukan setakat memperkenalkan rekaan baru saja, masing-masing juga menawarkan teknologi baharu pada pakaian aktif perempuan demi keselesaan pemakai.
Dengar cerita, ada juga yang bersifat anti-kebocoran semasa datang bulan!
adidas Stay in Play 7/8 Legging
Legging terbaru oleh adidas ini direka khas untuk memberi jaminan kepada pemakai sepanjang tempoh mereka datang bulan. Fabrik Techfit Period ini menggunakan teknologi Flow Shield bagi mengatasi masalah kebocoran pada seluar. Ada tiga lapisan kesemuanya pada seluar iaitu lapisan ‘wicking’, lapisan penyerapan dan lapisan kalis bocor.
Ia boleh dipakai dengan selesa sama ada korang memilih pad, tampon atau cup semasa datang bulan. Ia didatangkan juga dengan poket pada bahagian sisi untuk meletakkan peranti.
Harga : RM279
Saiz : 2XS hingga XL Dapatkan DI SINI
Nike Epic Fast Femme Legging
Meriahnya legging ini!
Kamu pasti akan mendapat perhatian apabila menyarungkan legging yang diinspirasikan daripada cetakan vintaj 70-an. Material yang digunakan adalah lembut, stretchy dan menyokong sebarang pergerakan semasa bersukan.
Tambahan pula, ia diperbuat 50 peratus daripada bahan polyester fibre yang telah dikitar semula. We have to love girls whom are environmentally conscious.
Harga : RM229
Saiz : XS hingga XL Dapatkan DI SINI
Uniqlo Women AIRism Active UV Protection Soft Leggings
Jangan terpedaya dengan rekaan luarannya yang minimal dan tanpa corak.
Legging ini ternyata amat menyelesakan kerana ia bersifat mudah menyerap, mudah kering dan lembut pada kulit dengan perlindungan UV. Kami sukakan legging yang mempunyai poket untuk peranti dan pilihan terbaru dari Uniqlo ini tidak mengecewakan.
Harga : RM129.90 Saiz : XS hingga 3XL Dapatkan DI SINI
Under Armour Women’s HeatGear Armour No-Slip Waistband Geo Ankle Leggings.
Fuh, panjang betul namanya! Hehe..
Seperti yang diketahui oleh peminat Under Armour, teknologi HeatGear Armour adalah di antara sebab mengapa ramai perempuan yang aktif bersukan memilih jenama ini sebagai persalinan mereka.
Legging ini ketat umpama lapisan kulit kedua namun tidak sesekali membuatkan kulit terasa ‘lemas’. Selain mempunyai teknologi anti-bau dan mudah kering, kami juga menyukai bahagian paten pada sisi legging yang kelihatan chic dan ceria.
Harga : RM239 Saiz : XS hingga XL Dapatkan DI SINI
Monki Feel Good Wear
Yay! Koleksi activewear pertama oleh Monki ini dinamakan sebagai Feel Good Wear dan direka bagi menyokong pergerakan badan dan membuatkan pemakainya merasa selesa sentiasa.
Selari dengan komitment jangka panjang Monki untuk kempen Planet Power mereka, koleksi ini menggunakan 79 peratus material polyester yang diguna semula dan 21 peratus elastane. Korang boleh mendapatkan pakaian seperti sports top, singlet dan leggings dalam lima pilihan warna menarik.
Harga : Bergantung kepada item, leggings dijual pada harga RM93 Saiz : XXS hingga XXL Dapatkan DI SINI
*
Kini korang boleh bersenam dengan selamat, bergaya dan selesa!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...