Walaupun Komuniti Kecil, Muslim Di Taiwan Jaga Kebersihan Masjid Elak Virus

Share

 

Jika di atas peta, kedudukan Taiwan dan China hanya dibezakan kira-kira 130 kilometre.

 

Namun, sehingga kini, mereka berjaya untuk mengekal jumlah kes jangkitan Covid-19 pada jumlah yang rendah! Pelik juga kan.

Menurut wakil Persatuan Muslim Cina Taiwan iaitu Puan Zaharah, komuniti Muslim di sana sedang mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah di surau serta masjid.

“Mereka memakai topeng muka dan suhu badan diperiksa sebelum memasuki pekarangan masjid. Sesiapa yang mempunyai suhu badan tinggi 100 peratus tak dibenarkan.

“Kawasan dalam dan luar masjid juga disemburkan dengan produk deep sanitization

& disinfection pada setiap hari oleh mereka.

“Paling penting tidak kiralah kepercayaan rakyat Taiwan, seluruh pulau ini bersatu untuk menentang virus yang semakin merebak ini,” jelasnya.

Hasilnya, Taiwan berjaya menangani Covid-19 buat masa ini. Daripada 100 kes yang dilaporkan, 70 peratus adalah merupakan kes pelawat. Walaupun kedudukannya dekat dengan China dan selalu menerima kemasukan orang asing, jumlah tersebut diakui rendah.

Lalu, pakar kesihatan antarabangsa telah memuji persediaan rapi dan pantas Taiwan serta rakyatnya yang berdisplin dalam penjagaan kesihatan.

Kita mampu tak, Malaysia? Boleh!

Sumber: Salam Taiwan

 

 

Published by
FZ