Setelah saham syarikat Tesla jatuh pada hari Selasa lepas, Elon Musk diisytiharkan bukan lagi manusia terkaya di dunia.
Menurut laporan Bloomberg Billionaire Index, nilai kekayaan Elon sekarang berada di bawah USD168.5 bilion. Sebagai konteks, satu ketika dahulu nilai tersebut pernah mencecah setinggi USD340 bilion.
Namun disebabkan nilai saham salah satu syarikat kendalian Elon iaitu Tesla jatuh 50 peratus sepanjang setahun lepas, Elon kini terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.
Siapakah individu yang telah merampas kedudukan Elon Musk itu?
Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini menjadi milik Bernard Arnault iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, sebuah syarikat gabungan fesyen mewah yang memiliki 75 jenama pakaian dan aksesori popular seperti Louis Vuitton, Dior, Tiffany, Moët, Celine, Givency, Marc Jacobs, Loewe, Bulgari serta banyak lagi.
Ads
Saingan terdekat LVMH adalah Kering yang memiliki jenama fesyen seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Alexander McQueen, Bottega Veneta dan lain-lain jenama yang sama popularnya.
Kejatuhan nilai Elon Musk juga disebut berpunca daripada pembelian pemilikan platform media sosial, Twitter bernilai USD44 bilion yang memerlukan Elon menjual saham Tesla bernilai USD15 bilion.
Ads
Selain Bernard Arnauld dan Elon Musk, antara nama lain yang menduduki senarai 5 individu terkaya di dunia setakat akhir tahun 2022 mengikut giliran ialah pengasas kumpulan Adani dari India, Gautam Adani (juga secara teknikalnya individu terkaya di Asia), pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Amazon Jeff Bezos pada kedudukan kelima.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow! Foto terbaru pelakon, Rebel Wilson yang popular dengan watak Fat Amy menerusi filem Pitch Perfect telah menarik perhatian warganet disebabkan perubahan mendadak bentuk badannya yang semakin langsing.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi berkenaan kisah Rebel yang mula kelihatan berbeza sejak September tahun lalu. Nampaknya, Rebel meneruskan usahanya itu bagi tujuan kesihatan dan tentunya imej menawan.
Rebel pernah berkata pada tahun 2020 bahawa dia mahu komited menjalani kehidupan yang lebih sihat. Seawal Mei 2020, dia sudah kehilangan hampir 14kg dan jumlah itu mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Khabarnya, penurunan berat badan drastik Rebel sehingga 30 kilogram ini berhasil dengan hanya menukar pola pemakanan kepada diet berprotein tinggi. Now, apakah yang dimaksudkan dengan diet tinggi protein ini?
Ia merupakan sejenis pola diet yang dipopularkan oleh Dr. Atkins dengan pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat (serendah 100g sehari) demi penurunan berat badan pantas.
Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai diet berprotein tinggi.
Berat turun cepat : Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah penurunan kandungan air. Apabila kita tiba-tiba mengelak karbohidrat, badan akan memasuki mod ‘flush’ dan membuang air berlebihan. Di sini, korang boleh kurangkan 3-4kg pada minggu pertama.
Kurang lapar: Ini kerana paras insulin menjadi rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
Jangka masa panjang : Walaupun perubahan pada berat badan adalah pantas, tetapi seseorang itu perlu melakukannya untuk jangka masa yang panjang. Berapa lamakah korang boleh mengelak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
Ketosis dan ketones. Dengan ketiadaan karbohidrat, badan terpaksa memecahkan lemak sebagai sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones iaitu produk sampingan daripada ketosis.
BAGAIMANAPUN, pengambilan protein berlebihan boleh memberi tekanan kepada fungsi ginjal kita. Pengambilan berlebihan ini akan meningkatkan ‘kerja’ ginjal dan sudah tentu lebih banyak wear and tear akan berlaku jika ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
*
Selepas berjaya menurunkan berat badan, pelakon kelahiran Australia ini mendedahkan perubahan paling ketara yang berlaku kepada dirinya adalah bagaimana orang di sekeliling melayannya sekarang berbanding semasa berbadan gempal.
“Dahulu, Kadang-kadang orang tidak akan menoleh dua kali kerana saya bersaiz besar. sekarang apabila saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya. Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
Sememangnya Rebel sanggup untuk berdiet sakan demi mendapatkan bentuk badan yang lebih sihat secara semula jadi. Korang sanggup tak jika tidak makan nasi sehari? Hehe..
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah penurunan berat badan pemenang anugerah Grammys, Adele.
Koktail buah-buahan antara menu penyegar mulut yang bukan sahaja enak, malah mudah untuk disediakan. Biasanya, ia dihidangkan sebagai pencuci mulut dan sering menjadi menu pilihan di setiap majlis keramaian yang dianjurkan.
Cara penyediaan koktail buah-buahan ini mungkin berbeza mengikut setiap individu, tetapi istimewanya kali ini kami nak kongsikan resipi rahsia yang hampir 7 keturunan hasil perkongsian Hafidz Idris dalam group Masakan Berpuaka di laman Facebook.
Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
– ½ tin krimmer pekat manis
– 1 kotak whipping cream (250ml)
– 1-2 tin susu sejat
– Nata de coco
– 1 tin laici
– 1 tin buah-buahan koktail
– Ais ketul
Cara menyediakan:
1. Tapis buah-buahan koktail dan buang airnya
2. Tuangkan semua susu sejat ke dalam jag air (Boleh tuang dua tin sekiranya nak kuah lebih)
3. Kemudian, masukkan kesemua whipping cream ke dalam jag
4. Selepas itu, masukkan susu pekat, nata de coco (berserta airnya) dan laici (masukkan sedikit sahaja airnya)
5. Gaulkan sehingga sebati dan cedokkan ke dalam cawan berisi ais ketika dihidangkan. Siap!
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka nilai kebudayaan dalam kostum nasional Mak Yong telah berjaya menambat hati para juri sehingga ia dipilih sebagai salah satu kostum terbaik pada edisi Miss Grand International 2020.
Percaturan wakil negara, Jasebel Robert bersama pereka fesyen, Ain Mohamed untuk memilih inspirasi tarian Mak Yong nampaknya berjaya membuahkan hasil apabila keputusan pusingan awal Miss Grand International.
Dalam pusingan yang berlangsung semalam di Thailand semalam, Jasebel dipersiapkan dalam persalinan serba kuning termasuklah prop berupa alat muzik Rebab dan penggeseknya.
Untuk pengetahuan, Rebab dimainkan oleh Tok Minduk selaku ketua kepada kumpulan muzik latar belakang persembahan Mak Yong dan dia disertai oleh pemain instrumen lain seperti gendang, serunai, kesi, canang dan tetawak (gong).
Jasebel berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada 63 wakil negara lain. Masing-masing tentunya juga ingin menonjol ke hadapan dengan membawa identiti dari negara masing-masing.
Tambahan pula apabila sistem penjurian untuk segmen kostum nasional pada kali ini dibahagikan kepada dua iaitu mengikut undian penyokong dan juga pilihan juri.
Justeru, peserta termasuklah Jasebel bukan saja perlu memikat penonton dari seluruh dunia tetapi juga pakar yang diiktiraf kredibilitinya dalam menghakimi pertandingan ratu cantik.
Bagi senarai pilihan juri secara rawak, Malaysia berada bersama-sama dengan Jepun, Thailand, Vietnam dan Panama. Manakala negara yang menerima undian tertinggi ialah Kemboja, Indonesia, Filipina, Guatemala dan Ecuador.
Tahniah sekali lagi kepada Jasebel Robert, Ain Mohamed sekalu perekanya dan pasukan Miss Grand Malaysia di atas penghargaan ini.
Jasebel juga kini semakin mencuri tumpuan apabila dia dinamakan sebagai wakil keempat paling popular di kalangan para peserta mengikut undian semasa. Proses undian masih dibuka kepada kita semua terus menyokongnya bagi kategori Miss Popular ini.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...