Walaupun Labur Sana-Sini, Elon Musk Bukan Lagi Manusia Terkaya Di Dunia

Share

Setelah saham syarikat Tesla jatuh pada hari Selasa lepas, Elon Musk diisytiharkan bukan lagi manusia terkaya di dunia.

Menurut laporan Bloomberg Billionaire Index, nilai kekayaan Elon sekarang berada di bawah USD168.5 bilion. Sebagai konteks, satu ketika dahulu nilai tersebut pernah mencecah setinggi USD340 bilion.

Namun disebabkan nilai saham salah satu syarikat kendalian Elon iaitu Tesla jatuh 50 peratus sepanjang setahun lepas, Elon kini terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.

Siapakah individu yang telah merampas kedudukan Elon Musk itu?

Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini menjadi milik Bernard Arnault iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, sebuah syarikat gabungan fesyen mewah yang memiliki 75 jenama pakaian dan aksesori popular seperti Louis Vuitton, Dior, Tiffany, Moët, Celine, Givency, Marc Jacobs, Loewe, Bulgari serta banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes

Saingan terdekat LVMH adalah Kering yang memiliki jenama fesyen seperti Gucci, Saint Laurent, Balenciaga, Alexander McQueen, Bottega Veneta dan lain-lain jenama yang sama popularnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda PROTES, Balenciaga Jenama Fesyen Pertama Tutup Akaun Twitter Lepas Elon Musk Ambil Alih – REMAJA

Kejatuhan nilai Elon Musk juga disebut berpunca daripada pembelian pemilikan platform media sosial, Twitter bernilai USD44 bilion yang memerlukan Elon menjual saham Tesla bernilai USD15 bilion.

Elon Musk. FOTO: CNN

Selain Bernard Arnauld dan Elon Musk, antara nama lain yang menduduki senarai 5 individu terkaya di dunia setakat akhir tahun 2022 mengikut giliran ialah pengasas kumpulan Adani dari India, Gautam Adani (juga secara teknikalnya individu terkaya di Asia), pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Amazon Jeff Bezos pada kedudukan kelima.

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.

BACA LAGI: Jokowi Selangkah Lebih Pantas Daripada Ismail Sabri, Telah Ke SpaceX Temui Elon Musk – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

ee

Published by
FZ