Walaupun PM Bangga Rakyat Semakin Sedar, PKP Dilanjut Lagi 2 Minggu

Share

 

Seperti yang dijangka, perintah kawalan pergerakan di Malaysia telah dilanjutkan dari 14 April ini ke 28 April 2020.

 

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi, beliau berkata situasi Cpvid-19 di Malaysia sekarang berada tahap pertengahan dan ia memerlukan kawalan pencegahan yang berterusan.

Sehubungan itu, atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, PM mengumumkan untuk melanjutakan perlaksanaan PKP untuk 2 minggu lagi.

“Pertama sekali, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada anda sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat. Petugas kesihatan mengambil risiko dan melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada anggota polis, tentera, RELA, bomba, imigresen dan agensi lain yang membantu. Saya ucapkan terima kasih.

“Lanjutan tempoh lama 2 lagi minggu ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi wabak ini selain mengelakkan penularan semula wabak kepada masyarakat kita kembali.

“WHO juga menasihati agar negara tidak menamatkan PKP dengan terlebih awal. Ini kerana penularan wabak mampu meningkat semula selepasa tempoh kawalan ditamatkan di beberapa buah negara.

“Kita juga mesti bersedia untuk berdepan dengan situasi ini untuk tempoh yang lebih lama, contohnya berlarutan untuk beberapa bulan sebelum wabak ini diatasi 100%,” ujar beliau.

Walaupun berita ini agak malang untuk rakyat Malaysia, PM menegaskan bahawa Malaysia sekarang sedang berada di jalan yang betul untuk memerangi penularan Covid-19.

“Mengikut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan sejak sebulan yang lalu telah mengurangkan keboleh jangkitan dan penularan Covid-19. Kes-kes positif Covid-19 terkawal pada kadar 7 peratus iaitu di bawah benchmark 10 peratus yang diletakkan oleh WHO.

“Kadar kematian akbiat wabak ini juga adalah rendah, iaitu pada kadar 1.6 peratus berbanding kadar global iaitu 5.4 peratus.

“Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh 2 minggu yang akan datang, tidak mustahil kita dapat mengawal wabak Covid-19 ini daripada menular,” tuntas beliau.

*

Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan tempoh PKP yang dilanjutkan ini?

Foto Utama: BERNAMA

Published by
FZ