‘Raya PKP’ Tetap Kena Onz, Ini Trik ‘Snap’ Gambar Raya Guna Phone Je

Share

Setiap kali tiba je musim perayaan Aidilfitri, tentunya perkara yang harus dilakukan adalah mengambil foto Outfit of the Day ataupun OOTD sebagai kenangan mahupun tatapan pengikut media sosial.

Walaupun kita tidak dapat menyambut Hari Raya seperti tahun sebelumnya, tapi sekurang-kurangnya kena la ada kenangan raya dalam perintah kawalan pergerakan ini kan.  Apapun alasan korang, yang pasti OOTD itu sudah menjadi kewajipan. Tentunya korang inginkan foto yang menarik dan mampu mengumpulkan jumlah likes serta komen yang banyak, bukan?

Jom cuba trik yang dikongsikan oleh satu akaun TikTok bernama @iwanpauzi_ . Beliau  kongsikan beberapa tips untuk korang gunakan masa tangkap gambar time hari raya nanti. Tapi tips ni dibuat berdasarkan handphone je tau. Berikut adalah cara-caranya:

 

@iwanpauzi_Day 26: Tips gambar raya ##30daystutorialchallenge ##raya2021 ##mobilegraphy ##photography ##fyp♬ Bersyukur Seadanya #2 – Hael Husaini

1.Cari background yang ada tema raya. Contoh kat dalam video tu adalah rumah kampung.

2.Posisikan subjek/model dekat gridline kamera.

3.Gunakan mode biasa sekiranya background tu dah lawa dan gunakan potrait mode kalau background tu tak lawa.

4.Kalau semua dah siap, Snap terus gambar tu.

Macam senang je kan? Korang try lah nanti.

Lepas tu, ada lagi satu tips yang ‘brader’ tu kongsikan. Tapi tips yang ni khas untuk perempuan lah. Biasa lah, perempuan kan suka tangkap gambar.

 

@iwanpauzi_Day 23: 3 ootd perempuan ##30daystutorialchallenge ##ootd ##ramadhan2021 ##mobilegraphy ##fyp

♬ Dari Jauh Kupohon Maaf – Dato’ Sudirman

So bila suka tangkap gambar ni, mesti kadang-kadang kekeringan idea nak posing macam mana time hari raya nanti kan?

Dalam video yang dikongsikannya tu, ada tiga gaya yang korang boleh try. Gaya-gaya tersebut adalah seperti berikut:

1.Gaya fe-feeling pagi raya

2.Gaya side pose

3.Gaya ambil kuih raya

Amacam, korang dah praktis 3 posing Raya ini? So raya nanti senang lah korang nak posing. Hiks

Sumber: @iwanpauzi_

Published by
Nana