Hiburan

“Walaupun Saya Nyanyi Lagu Bernada Tinggi, Tapi Jiwa Saya Sebenarnya Seperti Lagu Hasrat” -Aina Abdul

Share

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mendedahkan dia adalah salah seorang peminat lagu Hasrat dendangan juara Anugerah Juara Lagu (AJL38), Amir Jahari.

Katanya, sebagai seorang penyanyi yang pada mulanya hanyalah bermain instrumen muzik gitar, genre lagu seperti itu adalah jiwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Kena ‘Panic Attack’ Selepas Persembahan Di AJL38

“Saya adalah peminat lagu Hasrat. Bila orang tanya, lagu apa yang akan menjuarai AJL38, saya akan jawab Hasrat.

“Walaupun saya adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, tapi jiwa saya sebenarnya seperti lagu-lagu Amir. Cara saya menulis lagu pun bermula dengan gitar sebab saya suka lagu sebegini,” katanya.

Pada masa sama, dia juga menzahirkan kesyukuran walaupun berada di tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian berprestij yang berlangsung malam tadi.

Aina yang tampil dengan lagu Jangan Mati Rasa itu memaklumkan, setiap lagu ada kekuatan tersendiri dan sesiapa saja peserta yang bergelar juara akan diraikannya.

“Tahun ini, kita dapat melihat penyertaan dari pelbagai genre muzik. Jadi, kalau saya cakap saya sedih kerana dapat tempat ketiga, maksudnya saya tak bersyukur dan itu sudah berlawanan dengan tujuan utama, kenapa saya menulis lagu.

“Semua lagu ada kelebihan masing-masing dan tak sepatutnya dipertandingkan. Air lagu semuanya berbeza. Siapa pun yang menang, saya akan tumpang gembira,” katanya.

Sebagai pemenang tempat ketiga, penyanyi lagu popular Terus Hidup itu membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Selain itu, Aina juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12,000 dan trofi.

SUMBER FOTO: Instagram Aina Abdul

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath