Menjadi lebih dari sekadar peserta di pertandingan yang disertai menjadi idaman buat semua. Ini termasuklah dalam pertandingan ratu cantik. Di pentas Miss World misalnya, pertandingan yang di adakan tahun ini menerima 97 penyertaan dari seluruh dunia.
Pertandingan ini juga dikenali sebagai pertandingan yang paling banyak disertai jika hendak dibandingkan dengan acara lain seperti Miss Universe atau Miss International. Dari 97 peserta kesemuanya dinilai dan ditapis untuk menjadi top 40 dan kemudiannya top 13 dan seterusnya top 6.
Baru-baru ini Miss World telah mengumumkan pemenangnya yang baharu dan memahkotakan wakil Poland, Karolina Bielawska. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi wakil Amerika Syarikat, Shree Saini yang juga layak ke peringkat akhir kerana memenangi kategori Beauty with A Purpose
dan wakil Cote D’Ivoire, Olivia Yace. Selain itu turut berada bersama dalam kelompok top 6 adalah wakil Indonesia, Mexico dan Ireland Utara.Dalam pertandingan ini, selepas malam finale pihak penganjur akan mengumumkan pemenang bagi kategori Continental Queens of Beauty yang mana peserta terbaik dari setiap benua akan dianugerahkan gelaran khas. Salah seorang peserta yang bertuah pada malam itu adalah wakil Republik Dominican, Emmy Pena apabila dia dinobatkan sebagai Miss World Carribean.
“Selepas beberapa bulan menunggu hari yang hebat ini tiba. Sangat tidak dapat dilupakan bagi kami semua yang menjadi sebahagian daripada projek itu. Hari tersebut sangat ajaib bagi saya sehingga ia kelihatan seperti tidak nyata, saya menjalani impian saya yang lama ditunggu-tunggu untuk mewakili negara saya di pentas Miss World dan akhirnya menunjukkan kepada dunia apa yang telah kami usahakan selama beberapa minggu tanpa rehat,” ujarnya di laman Instagram.
Walaupun hanya berada dalam kedudukan top 40, namun dia merupakan peserta terbaik dari benua tersebut dan akhirnya mendapat hak untuk memegang gelaran itu. Selain dirinya, wakil negara lain yang diangkat adalah dari mereka yang berada dalam kedudukan top 6.
BACA JUGA: Carla Yules, Penerus Legasi Kecemerlangan Indonesia Di Pertandingan Miss World
Wakil Indonesia, Carla Yules sebagai Miss World Asia, wakil Cote’ DIvoire, Olivia yace sebagai Miss World Africa, wakil Ireland Utara, Anna Leitch sebagai Miss World Europe dan wakil America Syarikat, Shree Saini sebagai Miss World Americas.
Kenapakah gelaran ini diberikan kepada seorang peserta dari setiap benua? Untuk pengetahuan anda, ereka yang menerima gelaran ini akan turut serta bersama pemenang utama iaitu Miss World dalam menjalankan projek Beauty with A Purpose yang telah sekian lama menjadi salah satu misi bagi organisasi tersebut.
BACA JUGA: 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India
Miss World yang terkenal dengan kerja amal menjadi tunjang kepada pembangunan projek lokal dan setempat bagi membantu masyarakat yang memerlukan sekaligus menyampaikan kesedaran yang positif.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.