Walaupun Tersingkir EURO, Cristiano Ronaldo Masih Terkaya Di Instagram

Share

 

Langkah pasukan bola sepak Portugal yang terhenti di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA UERO 2020, Isnin lalu masih sukar untuk dihadam oleh skuad dan peminat Portugal.

Impian juara bertahan itu untuk sampai ke perlawanan terakhir tersekat dengan kekalahan 0-1 kepada Belgium. Lalu ia memberi ruang kepada 8 pasukan lain seperti The Red Devils, Switzerland, Czech Republic, Denmark, Ukraine, England dan dua lagi nama besar iaitu Sepanyol (juara EURO 2012 & Piala Dunia 2010) serta Itali (juara Piala Dunia 2006) untuk menjulang piala tersebut.

Penyerang utama Portugal iaitu Cristiano Ronaldo

umpamanya kelihatan kecewa dengan keputusan tersebut. Menerusi hantaran di Instagram, beliau memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan impian rakyat Portugal.

Namun, biarpun diselubungi rasa kecewa, nampaknya pengaruh Ronaldo langsung tidak terkesan. Malah, jumlah pengikut Instagram pemain kelab Juventus itu terus mencanak dan pendapatan yang diperolehinya menerusi aplikasi media sosial itu juga meningkat.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo merupakan penerima pendapatan tertinggi di Instagram dan atlet paling dikenali di Instagram; sekaligus mengenepikan ‘saingan’ terdekatnya seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Ariana Grande dan Kylie Jenner.

Dengan sejumlah 308 juta orang pengikut yang dikumpul Ronaldo, pemain berusia 36 tahun ini dilaporkan memperolehi kira-kira RM6.6 juta setiap kali beliau memuat naik hantaran di Instagram. Jumlah itu adalah 54% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Bayangkan sajalah, ketika lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia, muat naik takziah Ronaldo memperolehi 20 juta likes. Agak-agak, berapa nilai pendapatan yang diperolehinya menerusi satu hantaran itu saja?

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Ucapan Terakhir Untuk Diego Maradona Termasuk Ronaldo & Messi – REMAJA

Tidak hairanlah Ronaldo tidak kisah dengan tindakannya mengalihkan botol minuman Coca Cola di atas meja sidang media EURO 2020 bulan lalu walapun ia dipercayai membuatkan syarikat minuman gergasi itu tidak berpuas hati.

ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Paul Pogba Alih Botol Di EURO Selepas Ronaldo – REMAJA

BACA LAGI: Campak & Tendang Lilitan Kapten, Ronaldo Jadi Mangsa Troll  – REMAJA

Malah, Ronaldo juga merupakan salah satu atlet paling kerap memberikan sumbangan kepad golongan yang memerlukan termasuklah kepada rakyat Palestin.

BACA LAGI : Cristiano Ronaldo Derma USD1.5 Juta Kepada Palestin – REMAJA

Published by
FZ