Wan Kuzain Wan Kamal Jaringkan Gol Di Major League Soccer Pada Penampilan Kedua!

Share

Suatu ketika dahulu video ketika dia masih kanak-kanak pernah viral di kalangan peminat bola sepak tempatan. Aksi liciknya menggelecek pihak lawan yang badan bersaiz lebih besar pernah menjadi bualan pengikut bola sepak Malaysia.

Wan Kuzain Wan Kamal merupakan pemain bola sepak profesional berketurunan Malaysia atau lebih tapt berdarah Melayu Kelantan yang kini beraksi untuk pasukan Sporting Kansas City.

Pemain bola sepak yang digelar ‘Malaysian Messi’ oleh pasukannya ini dilahirkan di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat. Kedua ibu bapanya merupakan warganegara Malaysia yang telah lama menetap di sana.

Pada musim 2018, karier profesional pemain yang baru berusia 19 tahun ini telah melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Dan semalam sejarah tercota buat anak muda ini selepas dia berjaya melakukan jaringan ketika pasukannya berdepan dengan pasukan Minnesota United. Dalam perlawanan tersebut pasukannya telah menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 4-1.

Kejayaan Wan Kuzian ini turut diraikan oleh kelabnya yang memuat naik video jaringan tersebut. Berita tentang kejayaan Wan Kuzian juga telah mendapat pujian daripada netizen-netizen khususnya peminat bola sepak tempatan.

Mungkin ada yang tidak tahu dia sebenarnya pernah mewakili kuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat serta pernah berlatih dengan kelab profesional Belanda iaitu Feyenoord.

Kejayaan Wan Kuzain ini sekali gus membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai jika cita-cita disatukan dengan usaha dan berada di bawah pengurusan bola sepak yang baik.Tahniah buat Wan Kuzain!

Top Image Photo Credit: The Kansas City Star

Published by
Farizul Izwany Ibrahim