Atlet negara, Wan Zarif Ikram kembali mengukir senyuman buat pasukan negara selepas tujuh (7) tahun apabila menuai pingat emas menerusi acara Masters lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, 22 Jun lalu.
Atlet berusia 17 tahun itu membuat penampilan kedua pada kejohanan berkenaan menumpaskan Jovi Ma dari Hong Kong (385 mata) setelah merekodkan keseluruhan 427 jatuhan pin, manakala pingat gangsa acara sama dimenangi rakan senegara, Ethan Damien Goh.
Wan Zarif yang merupakan atlet pelapis, mengakui turun dengan mentaliti juara membantu dirinya mengungguli podium di hadapan peminat sukan tenpin boling tanah air.
“Saya tak sangka sebab dari hari pertama kerja keras untuk acara individu tetapi tidak menjadi. Memang ada kekecewaan namun saya berjuang hingga ke akhirnya. Alhamdullilah hari ini, dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan”
“Selepas ini saya akan sertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan menjadi wakil Terengganu. Saya sasarkan acara Single, All Events dan Masters”
Sementara itu, jurulatih skuad remaja kebangsaan, Alex Liew menyatakan rasa gembira apabila anak buahnya menyerlah dalam acara berkenaan yang kali terakhir dimenangi Tun Hakim pada edisi Kuching, Sarawak 2017.
Ads
“Kami ingatkan Wan Zarif untuk kekal tenang dan jangan terburu-buru. Dia melakukannya dengan baik dan saya gembira dengan keputusan keseluruhan. Saya kecewa dengan acara berpasukan sebelum ini sebab kita mempunyai masalah dan ini seperti membayar balik dengan dapatkan pingat emas,” katanya.
Ads
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menutup kempen edisi ke-23 dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.
Sebelum ini, Malaysia memenangi dua pingat emas menerusi acara All Events wanita yang diwakili Afiqah Kamilia Ali, selain atlet berusia 18 tahun itu membantu Intan Nor Edryana Nor Azliman, Nur Ainul Hayat Ad Nor dan Adelia Nur Irwan Syazalee menjuarai acara berpasukan wanita.
Ads
Dua pingat perak pula disumbang Intan Nor Edryana (All Events wanita) dan Malaysia B yang diwakili Amin Zulkarnain Zulkifli, Eldred Kho Yek Zhen, Muhammad Aiman Syahin dan Muhammad Aqil Faizal menerusi acara berpasukan lelaki.
Tiga pingat gangsa pula diperolehi menerusi Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Master lelaki serta Qurratu’ain Izdihar Mohd Pozi (individu wanita).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zara Aaliya, seorang atlet muda yang menakjubkan, telah mengukir namanya dalam sejarah olahraga dengan merangkul gelaran juara dunia Jujitsu B11. Keberhasilannya ini bukan hanya mencerminkan bakat alaminya, tetapi juga dedikasi dan kerja keras yang telah ia tanamkan selama berusaha bersungguh-sungguh.
Zara juga merupakan anak kepada legenda skuasy negara, Azlan Iskandar. Jadi bak kata pepatah ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi yang mana bakatnya dalam sukan dan menjadi wakil negara persis seperti bapanya.
“Saya suka sukan ini sebab ia bukan sahaja mendisiplinkan tapi beri saya keyakinan dan saya dapat ramai kawan” – Zara
“Awalnya saya kurang bersedia ketika baru menyertai sukan ini, tapi lama kelamaan saya cuba jadi lebih baik dengan kerap buat latihan dan sekarang saya mahu dapatkan black belt dan red” – Zara
Dalam pada itu, Zara juga berimpian untuk mara ke Asian Games dan ingin memenangi pingat emas.
Semangat atlet muda itu sememangnya mewarisi bakat serta semangat kompetitif yang mengagumkan dari bapanya. Dengan dedikasi yang sama, dia telah membuktikan dirinya sebagai seorang atlet muda berbakat yang menonjol di peringkat dunia, menggabungkan teknik yang cemerlang dengan ketekunan yang luar biasa dalam perlawanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit.
Kemenangan itu turut menyaksikan Liek Hou meraih pingat emas kedua berturut-turut pada temasya sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, pingat emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman pemain berusia 36 tahun itu memandangkan dia baru sahaja menewaskan Nugroho di peringkat Kumpulan A sebelum ini.
Sebagai rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Aufahanie meminta orang ramai tidak menyebarkan mana-mana gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham di tempat kejadian, di media sosial.
Menerusi coretan di Instastory, penyanyi lagu Geming Jiwa itu menitipkan harapan agar warganet hormat perasaannya dan keluarga yang baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tercinta mereka.
“Tolong jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda.
“Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” minta Aufahanie.
Malam tadi, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aufahanie
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...