Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi ini tidak berkekalan hingga ke malam.
Semburlah dibahagian ketiak, leher, baju dan sebagainya. Silap hari bulan tak sampai sebulan dah kena beli perfume baru sebab kehabisan.
Penggunaan haruman wangian sebenarnya ada cara yang betul agar ianya kekal lama sepanjang hari. Namun tidak ramai yang tahu tentang cara dan teknik betul menyembur minyak wangi. Mungkin juga ramai yang tidak menitik beratkan akan cara penggunaannya. Adakah anda sering menyembur wangian di bahagian leher, belakang telinga dan pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan?
Kali ini, kami kongsikan cara yang betul untuk memakai haruman supaya lebih tahan lama.
TIP HARUMAN
Ads
Wangian akan tahan lebih lama pada kulit yang berminyak daripada kulit kering. Jika anda mengalami masalah kulit kering, sapukan sedikit petroleum jelly sebelum menyembur wangian terus ke kulit tubuh agar harumannya kekal lebih lama sepanjang hari.
SEBELUM MEMAKAI BAJU
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa jika wangian disembur ke atas lapisan pakaian, ianya tidak menjamin harumannya akan kekal lama sepanjang hari. Ianya akan lebih mudah hilang dan tidak tahan lama. Untuk memastikan haruman wangian tersebut kekal sepanjang hari, pastikan anda menyembur wangian sebelum menyarungkan pakaian seperti di belakang leher, celahan lengan dan di bahagian belakang badan kerana dengan cara ini haruman mampu kekal wangi sepanjang hari.
Ads
JANGAN GESELKAN KEDUA PERGELANGAN TANGAN ANDA APABILA MEMAKAI HARUMAN
Ramai yang mempercayai jika wangian disembur pada bahagian pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan ianya mampu mengekalkan keharumannya. Sebenarnya, ia bukan hanya tidak akan tahan lama, malah boleh menyebabkan iritasi ke atas kulit korang pula.
Ads
Jadi selamat mencuba, jangan main sembur je!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan suntikan dos vaksin Covid-19 secara berkala kini sedang lancar dijalankan di Malaysia. Setiap hari, ada saja cerita baharu mengenai pengalaman masing-masing ketika sesi suntikan dan apa yang terjadi kepada penerima selepas sehari dua mendapatkannya.
Seperti yang kita semua ketahui, suntikan vaksin COVID-19 akan mengakibatkan beberapa kesan sampingan ketara.
Biarpun kesan-kesan tersebut bergantung kepada tahap sistem imun seseorang, antara kesan yang menjadi kebiasaan adalah kebas lengan, sengal-sengal pada otot, demam, panas badan, kepala pening, keletihan dan rasa mamai. Ini semua adalah tindak balas normal badan terhadap vaksinasi itu sendiri.
Jadi, tidak hairanlah apabila ramai yang mengambil cuti selama sehari hingga ke tiga hari selepas menerima suntikan untuk merehatkan badan dan mendapatkan semula tenaga masing-masing.
Sepanjang tempoh ini, REMAJA mempunyai 10 barangan yang boleh menjadi peneman korang ketika berehat dan juga menjadikan tempoh ini lebih ‘enjoyable’.
01
Netflix
OKAY, kita memang dimanjakan dengan BANYAK drama, dokumentari dan filem baharu di Netflix sejak Mei lalu. Macam tahu-tahu je kan orang di Malaysia akan menghadap Netflix jika bosan. Hehe..
Apapun, dua tayangan baru yang kami recommend untuk korang tonton semasa berehat adalah Lupin:Part 2 dan Ghost Lab. Jika korang belum menonton Lupin:Part 1, well hello ~ *Maraton atas katil*.
Dalam siri pendek berbahasa Perancis ini, Assane Diop membuatkan penonton tertunggu-tunggu apakah perancangannya seterusnya untuk membalas dendam terhadap kisah lalu. Lupin: Part 2 akan mula ditayangkan dari 11 Jun ini.
Ghost Lab pula merupakan sebuah filem seram Thailand daripada produksi sama yang menghasilkan filem popular, Bad Genius.
Dua rakan doktor cuba bereksperimen dengan topik kehidupan selepas kematian. Selepas ‘bertemu’ dengan hantu, mereka cuba mendapatkan penjelasan di sebalik kewujudan hantu dan sekiranya benar ada kehidupan selepas mati.
02
Moisturizer
Pelembab kulit ini perlu untuk meredakan keradangan dan kegatalan pada kulit. Ada banyak pelembab di luar sana. Jadi sebaiknya, korang dapatkan pelembab yang mengandungi aloevera seperti innisfree Aloe Revital Soothing Gel.
Sekiranya korang merasakan wajah terasa panas juga, cubalah serum Green Tea Seed baharu daripada innisfree.
Ia merupakan versi keempat serum popular tersebut dengan formula yang lebih berkesan untuk mengurang kesan stres pada kulit wajah dengan memberikan hidrasi mencukupi.
03
Koolfever
Nasib baiklah kebanyakan farmasi kini sedang memberikan promosi harga bagi produk Koolfever ini. Daripada korang hamparkan sehelai kain basah yang selalunya terjatuh dari dahi, lebih baik korang lekatkan saja Koolfever bagi meredakan suhu kepala yang panas.
04
Panadol
WAJIB beli. Jangan degil, telan saja panadol sebelum korang tidur demi mengelak diri daripada badan yang panas secara berterusan. Tapi, pastikan korang tahu perbezaan di antara jenis-jenis paracetamol yang dijual di farmasi.
Trust us, korang memerlukan kedua-dua barangan ini daripada farmasi berdekatan. Tampalkan dan sapukan (bukan pada waktu yang sama) pada kawasan badan yang terasa sengal.
Namun kami harus berikan amaran bahawa, bahagian yang disapu dengan Yoko Yoko boleh menjadi panas – kadangkala terlebih panas.
06
tvN Asia
Bagi peminat drama Korea pula, saluran TVN boleh menemani korang sepanjang tempoh berehat.
Antara drama paling ‘hot’ bagi bulan Jun ini adalah drama My Roommate Is A Gumiho lakonan Jang Ki-yong dan Lee Hye-ri pada setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 9.15 malam; mulai malam ini!
Selain itu, penulis juga tidak sabar untuk menonton drama Voice 4 yang lebih mendebarkan lakonan Lee Ha-na dan Song Seung-heoon; bermula 19 Jun setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9.15 malam.
Sepanjang tempoh berehat, ironinya, korang akan sukar untuk betul-betul merehatkan badan. Belakang badan akan terasa sakit manakala suhu badan akan meningkat secara mendadak.
Oleh itu, sapuan essential oil seperti Lavender boleh dicuba untuk tujuan relakskan badan dan minda serta untuk mudah mendapat waktu tidur berkualiti.
08
Dark Chocolate
Dalam banyak-banyak snek yang boleh korang ambil, ini adalah yang terbaik. Ketika demam, deria rasa juga akan hilang. Lalu, selera makan juga pastinya akan berkurangan. Dark chocolate, bagaimanapun, penuh dengan suplimen baik untuk menaikkan semangat dan mencerdaskan minda biarpun badan kita belum 100 peratus pulih.
09
Buah Blueberry
Tinggi dengan kandungan potasium dan Vitamin C, blueberry boleh meningkatkan tahap Serotonin dan memperbaiki sel dalam badan. Selain itu, buah ini juga bersifat anti-keradangan yang akan membantu korang menyelesakan badan apabila mendapat kesan ruam atau kegatalan pada badan.
10
Lagu Baru
2 names : Billie Eilish & Olivia Rodrigo. These queens just know how to make your resting time worthy.
Ihsan Foto: Universal Music Malaysia.
Billie baru saja melancarkan trek terbaru berjudul Lost Cause seiring dengan pelancangan video muzik rasminya hari ini. Ia adalah trek kedua selepas trek Your Power yang dipetik daripada album kedua Billie berjudul Happier Than Ever yang dijadualkan keluar pada 30 Julai ini.
Penulis juga tidak henti-henti memainkan album pertama Olivia Rodrigo berjudul Sour. Pelantun lagu hit, Drivers License berusia 18 tahun ini adalah ratu pop baharu yang mengajak pendengar memasuki dunia remaja menerusi lagu yang dtilis olehnya sendiri. Naratif ‘’storytelling’ Olivia begitu kemas diatur dalam album yang mempunyai 11 buah trek ini.
11
Audiobook
Penulis jadi ‘ketagih’ dengan audio book sepanjang tempoh berehat daripada kesan suntikan vaksin.
Conversations With Friends nukilan Sally Rooney merupakan naskah debut yang begitu popular di serata dunia. Dan apabila pelakon kelahiran Ireland, Aoife McMahon membacakannya dalam bentuk audiobook, ia amat menenangkan pendengarnya.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana kita tidak boleh bertemu dengan kawan-kawan dan mempunyai kekangan pergerakan sosial, tema tersebut betul-betul berbekas dalam jiwa.
12
Al-Quran Tagging MuJam A5
Speaking of reading materials, tentunya penulis ingin mencadangkan Al-Quran edisi terhad ini sebagai peneman korang.
Al-Quran Mu’Jam ini mmepunyai lebih daripada 150 tagging dalam 5 warna bagi membahagikan juzuk, doa pilihan, ayat perintah, larangan dan suruhan. Selain itu, kisah-kisah nabi dan Rasul serta ayat motivasi dan peringatan juga ada di-tagged!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa jam menunggu detik tibanya tanggal 25 Disember 2021,walaupun kita di Malaysia kini tengah dilanda musim hujan dan bencana banjir. Tapi penulis percaya hari Krismas yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya penganut agama Kristian masih disambut dengan meriah dengan sanak saudara walau apa cara sekali pun.
Disebabkan kita hidup berbilang kaum di Malaysia sudah tentu setiap perayaan akan disambut bersama. Dan mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.
2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas
Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.
Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:
menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
menyanyikan lagu bercirikan agama
memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh
3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas
Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.
Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Susulan gesaan rakyat Malaysia agar aktiviti basikal lajak diharamkan di kawasan awam terutamanya di jalan raya demi keselamatan semua pihak, platform beli-belah di atas talian; Shopee telah mengambil tindakan seterusnya dengan menghentikan segala penjualan basikal lajak di platformnya.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, Shopee tidak sesekali membenarkn penjualan apa-apa jenis produk yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pembelinya.
Kata jurucakap Shopee, isu kemalangan melibatkan sekumpulan penunggang basikal lajak selama beberapa kali di Malaysia telahpun dibawa ke perhatian mereka. Justeru, demi mematuhi peraturan tempatan dan dasarnya, pihak Shopee akan membuang semua penyenaraian basikal lajak di platform beli belah itu.
Malah, tindakan sewajarnya juga akan diambil terhadap penjual yang menyalahi undang-undang atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Sekiranya ada dalam kalangan penggunanya yang menemui basikal lajar masih disenaraikan oleh sesetengah peniaga, mereka digalakkan untuk menghubungi Shopee.
“Pengguna boleh menghubungi kami melalui bulatan menu di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk dan klik pada pilihan ‘laporkan produk ini’. Atau pengguna juga boleh menghubungi kami di help@support.shopee.com.my atau talian 03-2777 9222 pada setiap hari,” ujarnya.
REMAJA bersetuju dengan tindakan Shopee ini bagi membendung lebih banyak insiden yang tidak diingini berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia yang teruja dengan aktiviti merbahaya itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...