Inpirasi

Wanita 52 Tahun Tamatkan Larian Maraton 120km, Inspirasi Anak Muda!

Share

Sukan maraton atau aktiviti larian kini menjadi antara kegilaan buat anak muda di negara kita.

Namun, kejayaan seorang wanita berusia 52 tahun menamatkan larian ‘Virgin Ultra Maraton’ sejauh 120 kilometer (km) di Indonesia memang memberi inspirasi.

ARTIKEL BERKAITAN : Catat Rekod Dunia Pada Raya Ke-3! Jurulatih Malaysia ‘Helok’ Berbaju Melayu Tamatkan London Marathon

Wanita yang berasal dari Makassar yang bernama Fitriany Halim atau lebih mesra disapa Mak Fit itu juga meraih podium kedua dalam maraton yang diibaratkan perjalanan sehala dari Kuala Lumpur hingga Sungkai.

Marathon (gambar hiasan)

“Alhamdulillah Ya ALLAH, saya dapat menghabiskan larian Virgin 120km, bangga dengan diri sendiri.

“Tidak sia-sia latihan setiap hari, pagi, petang hingga malam akhirnya terbayarkan di BinLoop Ultra 120,” katanya menerusi Instagram.

Fitriany turut bersyukur diberi kesihatan yang baik pada usia kini kerana masih mampu berlari hingga ke garisan penamat.

“Alhamdulillah boleh berada tahap ini meskipun sebahagian orang tidak seberapa lagi.

“Perjuangan yang luar biasa, kerana mampu tamatkan,” tulisnya lagi.

Inspirasi Golongan Muda

Semangat kental Fitriany menjadi inspirasi kepada golongan muda, rata-rata warganet mengagumi wanita berkenaan kerana umur yang sudah memasuki lima series termasuk tubuh badan kelihatan yang ‘fit’.

“Hebat Mak Fit. Inspirasi kepada yang muda,” kata pengguna Instagram, Atikah_tsu.

“Masya-ALLAH inspirasi wanita. Tahniah mak Fit, kata salah seorangnya, Abi Dirga.

“Ibu pelatih yg luar biasa,” kata seorang lagi pengguna, Hartano.

Wah! Tahniah Mak Fit !

BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram
, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana