Belum pun mula episod Pencarian Dewi Remaja di kaca televisyen, nama Ernisha sudah mula disebut-sebut oleh orang di luar sana.
Terpalit dengan kontroversi yang pernah hangat beberapa bulan lepas langsung tidak menjatuhkan semangat anak gadis kelahiran Perak ini. Baginya, setiap kata-kata yang dilempar netizen membuatkan dia lagi bersemangat nak membuktikan bahawa dirinya sememangnya layak berada dalam industri hiburan tanah air.
Bukan itu saja, penampilan berhijab Ernisha juga dijadikan ‘bahan’ oleh netizen yang menganggap wanita berhijab tidak layak memasuki pertandingan Dewi Remaja.
“Masyarakat Malaysia seharusnya lebih bersikap terbuka. Sampai bila kita nak berpandangan stereotaip terhadap wanita berhijab? Hijabi juga berhak untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Contoh seperti atlet lawan pedang USA, Ibtihaj Muhd. Dalam bidang sukan, dia bertanding dalam keadaan berhijab mewakili negara yg majoriti bukan beragama islam. Tapi dia mampu membina nama di persada dunia,”
“Kalau dalam bidang sukan orang ramai sudah buka mata dan berfikiran terbuka, kenapa tidak dalam bidang hiburan pula? Tidak salah jika wanita berhijab untuk menceburi bidang hiburan selagi tahu untuk menjaga adab dan batas-batas perlakuan,” jelas Ernisha.’
Ditanya siapakah idolanya di kalangan wanita berhijab, Ernisha memberitahu ada 5 selebriti/instafamous dalam dan luar negara yang sering dijadikan inspirasi.
Ernisha memang kagum dengan Yuna sebab dia tak peduli apa orang nak cakap tentang penampilannya. As long as she happy and comfortable with it, she don’t care people’s thoughts and opinions. Sikap itu yang membawanya ke peringkat antarabangsa sekarang.
Wanita ini tidak menggunakan alasan bertudung tidak boleh berfesyen. Setiap gaya OOTD dia memang level international glam!
Yaya seorang yang bijak berfesyen dan tampil dengan gaya cool dan urban. Cara dia bergaya pun tak nampak cliché. Dia juga antara hijabi yang dah buktikan walaupun berhijab, korang juga boleh berfesyen.
Walaupun sering mengenakan mekap yang agak berat tapi tak nampak over
dan sesuai untuk wanita berhijab untuk meniru gaya makeup look dia.Vivy seorang wanita bijak dan sangat power dalam dunia perniagaan. Walaupun bergelar seorang ibu, tapi dia tetap sukses dalam menjaga bisnes dan keluarga sekaligus. Salute!
Okay kalau korang nak kenal Ernisha dengan lebih dekat, jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD pada 25 September, jam 10.30 malam.