Ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan ratu cantik bertempat di Vietnam. Pertandingan Miss Culture World International 2022 ini merupakan sebuah pertandingan yang baru sahaja diwujudkan dan edisi kali ini merupakan kali kelima ia diadakan.
Walaupun pertandingan ini tidak sepopular pentas ratu cantik lain seperti Miss World, Miss Universe, Miss International, Miss Earth atau Miss Grand International, namun semangat yang ditonjolkan oleh para peserta harus dipuji. Masing-masing tampil menarik dan yakin menggalas tugas membawa nama negara.
Semestinya Malaysia tidak ketinggalan menghantar wakilnya. Apa yang menarik tentang wakil dari negara kita, wanita berusia 27 tahun ini merupakan seorang yang mengenakan hijab. Pemilik nama Wawa Zubir yang berasal dari Pahang ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia.
Dalam tinjauan REMAJA di laman Instagramnya, wanita tinggi lampai ini berkongsi, “Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Luit, Maran, Pahang. Dan saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.”
Dia yang sudah pun berada di Vietnam telah berlepas ke negara itu pada Rabu lalu.
“Saya akan berangkat ke Vietnam pada 6 April 2022, pada awal pagi iaitu pada jam 6.55 pagi waktu Malaysia. Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Culture World International 2022 di Ho Chi Minh City, Vietnam,” jelasnya dengan lebih lanjut di laman Instagramnya.
Ads
Apabila mewakili negara, semestinya sikap juang yang ada dalam diri perlu membara. Wawa juga tidak kurang memohon doa agar sokongan yang diberi mampu menguatkan semangat. Ujarnya, “Saya memerlukan sokongan dan sorakan dari kalian. Dengan sokongan dan sorakan kalian, ia akan menguatkan lagi semangat saya untuk bawa nama Malaysia dan hijabi. Demimu Malaysia!”
Wah, nampaknya semangat Wawa sebagai ratu cantik tidak luntur biarpun pertandingan ini dianjurkan dalam bulan Ramadan. Semoga berjaya mencapai cita-cita dan membanggakan nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
TBH, masalah berdengkur ketika tidur ini bukanlah lagi satu isu baru bagi kebanyakan daripada kita.
Namun, korang harus tahu bahawa tabiat ini bukan saja akan mengganggu orang yang tidur berdekatan dengan kita tetapi juga akan mengganggu kita sendiri sebagai orang yang menghidapnya. Ini kerana oksigen yang sepatutnya naik ke otak sempat berhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur.
Dengkuran melampau boleh membuatkan korang sukar mendapat tidur nyenyak dan ia sekaligus mengganggu produktiviti tenaga pada keesokan harinya.
Jadi, untuk menghilangkan tabiat berdengkur, apa kata korang ikhtiar sedikit dengan mengamalkan pengambilan jus yang dikatakan mampu merawat masalah ini.
Cer try resepi di bawah:
Bahan-bahan
¼ hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah bersaiz sederhana
150 ml air putih
Sumber foto: Britishsnoring.co
Caranya mudah saja, kisarkan (blend) semua bahan sehingga menjadi jus. Amalkan minum jus ini sebelum tidur dan jadikannya sebagai rutin sekerap tiga kali seminggu. InsyaAllah tabiat berdengkur tersebut akan berkurangan.
Selain daripada tip minuman ini, ada perkara-perkara lain yang boleh korang laukan untuk kurangkan dengkuran. Salah satu daripada adalah dengan menurunkan berat badan. Faktor obesiti menjadi salah satu punca utama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, tular beberapa video milik pemuda warga Itali dengan hanya video mimik muka dan reaksinya. Malah, kesemua video Khaby Lame dengan konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 145.9 juta pengikut sehingga kini.
Mulanya, pemuda yang dikenali sebagai Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame membuka akaun TikToknya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani perintah berkurung di sana setahun yang lalu dan tidak menyangka akan menjadi terkenal dengan jutaan pengikut.
Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.
Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.
Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.
Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia. Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.
Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda COVID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.
Khabarnya, Lame sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang di samping mahu membantu mengubah nasib keluarganya.
Alhamdulillah…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.Lebih-lebih...