Kerjaya sebagai seorang pramugari biasanya dikaitkan dengan wanita muda yang cantik bergaya serta memiliki tubuh badan yang sihat. Namun, jangan terkejut sekiranya kami katakan seorang warga emas berumur 86 tahun diiktiraf sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.

Wanita Berusia 86 Tahun Dinobat Sebagai Pramugari Tertua Di Dunia
Foto: The Point Guy

BACA: Sering Bawa Luggage, Zarul Umbrella Dedah Benda Wajib Dalam Beg Pramugari

Wanita yang dikenali sebagai Bette Nash itu mula berkhidmat sebagai pramugari pada tahun 1957 dan meneruskan kerjayanya itu sehingga ke hari ini tanpa pernah diberhentikan. Dia telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan American Airlines selama 65 tahun.

Fuh, hebatnya!

Bette bebas memilih mana-mana laluan udara yang digemarinya tetapi dia lebih memilih laluan penerbangan New York-Boston-Washington kerana memudahkannya untuk berada di rumah pada waktu malam bagi menjaga anak lelaki yang merupakan individu kurang upaya.

Ads

BACA: Video Keselamatan Baharu Penerbangan Malaysia Airlines Ala Muzikal Tampil Lebih Catchy

Apabila ditanya apakah nasihat yang akan diberikan kepada pekerja yang memilih kerjaya sebagai kru kabin, Bette berkata,

“To bring the human factor into it is the most important. Instead of technology, it’s humanology.”

Ads
Wanita Berusia 86 Tahun Dinobat Sebagai Pramugari Tertua Di Dunia
Foto: The Point Guy

Tambahnya lagi, selagi mempunyai kesihatan yang baik dan masih mampu, mengapa tidak dia masih lagi bekerja kerana ia sesuatu yang menyeronokkan. Malah, wanita ini telah melakukan Diamond Jubilee sama seperti Ratu Elizabeth.

Wanita Berusia 86 Tahun Dinobat Sebagai Pramugari Tertua Di Dunia
Foto: The Point Guy

Seorang lelaki Brazil yang berusia 100 tahun bernama Walter Orthmann juga telah mencipta rekod dunia Guiness untuk kerjaya paling lama dalam syarikat yang sama. Mereka menerima pengiktirafan yang sama dalam kerjaya yang dibina sejak berpuluh tahun lamanya.

Wah, memang kental semangat kedua-dua warga emas ini. Semoga kita juga terus bersemangat untuk bekerja bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.

Ads

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI