Perkahwinan seorang wanita warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Illi Najwa Saddique bersama Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini.
Majlis resepsi yang berlangsung pada awal Disember lalu di India tular di media sosial dan telah mencetuskan kemusykilan orang ramai di Malaysia apabila mendapati beberapa gambar perkahwinan mereka berjalan dalam upacara Punjabi.
Susulan daripada kekecohan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan kenyataan di laman facebooknya baru sementar tadi.
Sahkan Maklumat
Menurut Datuk Dr Zulkifli Islam menuntut umatnya agar mengesahkan sesuatu maklumat yang diperoleh sebelum sebarang pandangan dan tanggapan dibuat. Tangkap layar ( screenshot) rakaman video atau hantaran (posting) di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier yang ada kemungkinan sahih atau tidak. Dalam hal ini, Illi Najwa dan keluarga jauh lebih mengetahui situasi sebenar.
Selain itu, Menteri Agama sempat menyatakan perkahwinan antara pasangan Muslim dan Bukan Muslim adalah tidak dibenarkan berdasarkan Seksyen 10, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
Namun sebelum ini, tular juga penjelasan dari Illi Najwa di laman sosial;
Rata-rata warganet setuju dengan penyelasan Menteri Agama ini.
Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Apa-apa pun, jangan la kita buat andaian sendiri dan menghukum tanpa usul periksa. Kan nanti timbul fitnah.
Sumber : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri