Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu!
Perumpamaan diatas sesuai sangat dengan situasi yang berlaku kepada seorang wanita Rusia yang mengiklankan misi mencari jodohnya di papan iklan gergasi berjaya mendatangkan hasil selepas iklan tersebut tular dan menarik perhatian seorang hartawan kaya Ukraine, lapor New York Post.
ARTIKEL BERKAITAN : Trend Iklankan Diri Makin Popular, Lagi Lelaki Sewa Papan Iklan Cari Jodoh
Maria Molonova, 26 tahun telah mengiklankan wajahnya untuk mencari “Mr. Right” di bandar asalnya di Ulan-Ude beberapa minggu yang lalu.
Menariknya, iklan tersebut menarik perhatian seorang lelaki warga Ukraine yang bernama Serhii Kharkusha, 26 tahun. Serhii dengan serta-merta terpesona dengan kecantikan wanita itu. Walaupun pada sekarang ini kedua negara terbabit masih lagi dalam tempoh berperang.
“Saya tidak menyokong peperangan atau Vladimir Putin. Saya tidak faham apa yang dia lakukan, tetapi saya berasa gembira kerana telah jatuh cinta dengan seorang wanita Rusia,” kata Serhii kepada East2West News.
Walaupun Serhii yang berkerja dalam bidang perniagaan kini berpangkalan di Los Angeles dan masih belum bertemu dengan Maria dalam kehidupan yang sebenar. Namun, beliau percaya wanita itu adalah jodohnya dan berharap tidak lama lagi dia akan pergi melawat kekasihnya itu di dalam dunia nyata.
“Saya memilih Maria kerana saya melihatnya di berita dan dia juga adalah contoh kepada gadis impian saya. Dia berkulit cerah dan berani. Terdapat ramai wanita di LA tetapi mereka semua tidak sesuai dengan saya,” kata Serhii.
Maria berkata dia dan Serhii sepadan kerana dia juga merupakan seorang usahawan manakala Serhii pula seorang ‘taikun’ yang juga berjaya dalam perniagaannya.
Lelaki Ukraine itu menyifatkan papan iklan yang memaparkan Maria itu “sangat kreatif” dan memutuskan untuk membeli slot papan iklannya sendiri. Papan iklan yang dibeli Serhii itu betul-betul berada di belakang papan iklan Maria dan memaparkan fotonya dengan petikan berbunyi “Pusing belakang, saya sudah berada di sini.”
Wah…sweetnya Serhii dan Maria ni. Betullah orang cakap, kalau dah jodoh tu tak kemana.hiks
Sumber: New York Post
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.