Semalam viral di media sosial dengan gambar-gambar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang telah pun selamat tiba di KLIA. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini.
Jika sebelum ini, KKM telah mengeluarkan 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Terbaru, wanita hamil dan menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Baca Artikel Berkaitan : 9 Golongan Tak Sesuai Terima Vaksin COVID-19, Antaranya Yang Ada Sejarah Alahan Serius
Menurut pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib melalui laporan Bernama, buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.
Hmm…kalau memudaratkan baiklah tangguhkan dulu kan….nanti timbul masalah lain pula.
Sumber: BERNAMA