Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Seorang pengguna di Twitter, @donalscannell telah berkongsi video seorang wanita yang tampil dengan idea kreatif dalam menghasilkan topeng muka menggunakan stokin.
Dengar memang agak jijik kan. Tapi rasanya kalau guna stokin yang belum dipakai okay la kot. Hiks!
Video tersebut telah pun menerima lebih daripada 2.7 juta tontonan dan hampir 27 ribu retweets.
The simplest DIY mask yet – all you is a sock and a scissors pic.twitter.com/xYU0ZjHsSV
— donal scannell (@donalscannell) May 11, 2020
Kalau korang mahukan kelainan dan nampak rare sikit, bolehlah try. Hiks!
Sumber: era.je
“Kami Pernah Borak Fasal Ni..” Ucop Dedah Mungkin Ada Sekuel ‘Projek: High Council’
Biarpun hampir setahun telah berlalu sejak fenomena Projek: High Council tercetus di Malaysia, penangan drama sepuluh episod itu masih diperkatakan dalam kalangan peminat drama Melayu. Malah, ramai turut mengulang tonton di platform penstriman halal yang disediakan.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila melihat kepada kualiti produksi, kehebatan lakonan yang ditonjolkan oleh barisan pemain drama serta faktor relatability yang menjadi tunjang kekuatan Projek: High Council.
Para peminat sudah merinduinya, bagaimana pula dengan pelakonnya sendiri?
Ketika ditemui REMAJA di acara pembukaan butik Guess di The Exchange TRX baru-baru ini, Yusof Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Ucop berkata perasaan rindu itu tentulah ada terutamanya apabila dapat berinteraksi dengan mereka yang ‘masuk kepala’ di set tersebut.
“Akan selalu ada projek-projek baru yang mendatang, bukan? Dan ada je.. sebenarnya ada je.. Cuma ia masih perlu dirahsiakan,” pancing Ucop.
“Kami pernah berborak fasal ini, yang mana kami ingin menyambung sekuel (kepada Projek: High Council). Tetapi masih belum ada apa-apa pengesahan. Saya pun masih menantikan pengesahan daripada pihak produksi. Tetapi tentunya, saya merindui bonding yang terjalin di antara kami di set tersebut,” katanya.
Bercakap mengenai ketiadaan Ucop dalam kalangan barisan pelakon Projek: Exit yang kini sedang dalam fasa penggambaran, Ucop berkata itu tidak bermakna dia tidak akan memberi sokongan buat pelakon terpilih seperti Mierul Aiman dan Naim Daniel yang pernah bersama-samanya dalam Projek: High Council. Malah, Ucop turut teruja menantikan drama berkenaan untuk menjengah skrin tidak lama lagi.
“Projek: Exit adalah kisah berbeza. Mengenali Mierul (Aiman), dia merupakan seorang pelakon lelaki berbakat. Saya percaya dia akan memberikan lakonan terbaik untuk drama tersebut, begitu juga dengan Naim serta para pelakon lain. Saya tidak sabar menontonnya nanti.”
Tonton video penuh temubual Remaja bersama Ucop.
Dalam perkembangan lain, Ucop kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri The Secret untuk platform penstriman VIU bersama-sama Siti Saleha, Remy Ishak dan Sara Mack Lubis.
Kongsi Ucop, drama tersebut mengisahkan tentang pembunuhan dalam kalangan pelajar kolej. Sedikit-sebanyak, Ucop berharap agar ia dapat mengubat rindu peminat Projek: High Council dengan naskah terbaru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tempias Kes Di Mall, Sunway Lagoon Tangguh Pembukaan Acara Seram
Setelah seminggu membuatkan bakal pengunjung teruja, acara ‘taman tema berhantu’ tahunan di Sunway Lagoon iaitu Day.Light Fright yang sepatutnya berlangsung mulai 3 Oktober (Sabtu) ini terpaksa ditangguhkan.
Ini berikutan laporan kes wabak Covid-19 yang berlaku di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid beberapa hari yang lalu.
Justeru, setelah melihat respon rakyat Malaysia yang kini dalam keadaan lebih berjaga-jaga, acara Day.Light Fright yang menggantikan acara Night of Fright ini telah ditunda ke 17 Oktober kelak sehingga 15 November.
Menurut akaun Facebook Sunway Lagoon, ia merupakan keputusan yang terpaksa diambil oleh mereka dengan hati yang berat.
“Kami tahu, keputusan ini akan mengecewakan peminat ‘fright’ dan tetamu kami. Namun, kami ingin memastikan bahawa pengalaman mereka di Sunway Lagoon adalah pengalaman terbaik dan dalam keadaan yang tidak gusar.”
Walaupun Day.Light Fright telah ditunda, taman tema itu masih beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pihak Sunway Lagoon sentiasa memastikan kawasan mereka disanitasi sekerap mungkin. Malah, jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu juga dihadkan kepada 50% daripada kapasiti sebenarnya.
Bagi korang yang telah membeli tiket Day.Light Fright, pihak Sunway Lagoon boleh membantu korang emel ask_lagoon@sunway.com.my atau di talian 03-5639 000.
Fatiya Latiff Akui Hidap Skizofrenia -“Minta Maaf Kerana Telah Menyusahkan Ibu Dengan Penyakit Ini”
Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit Skizofrenia.
Pendedahan tersebut dikongsikan pelakon naskhah hit Ariana Rose itu menerusi sebuah coretan panjang lebar di entri Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Mental” -Fatiya Latiff Nafi Hidap Penyakit Mental
Dia bagaimanapun menitipkan penghargaan buat ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut telah membebankan keluarga.
“Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.
“Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya.
Menerusi perkongsian sama, Fatiya turut dilihat memuat naik gambar dirinya ketika berusia 23 tahun bersama ibu tercinta dan ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson
“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.
“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fatiya Latiff