Mungkin tidak semua sudah berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Electric Train Service (ETS) yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sekitar 9 tahun lalu.
ETS merupakan perkhidmatan laju antar bandar diantara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur. Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam dan boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang.
Untuk korang yang mungkin tidak pernah naik dan teringin nak merasa, kami nak kongsikan sedikit beberapa info tentang coach-coach
yang terdapat dalam ETS ini daripada sumber Malaysia Viral, hasil perkongsian dari FB AisyahFitrah.Coach depan sekali kalau menghala ke arah selatan (KL Sentral)
Coach kedua depan. Dekat coach ni ada tandas antara coach A-B
Coach tengah. Kalau korang rasa lapar bolehlah cari makan di coach ini kerana lokasi kafe berada di coach C. Antara coach C dan D juga ada surau untuk bersolat. Tapi tak besar mana, bolehlah untuk masuk berdua
Disini terdapat banyak kemudahan Kemudahan untuk individu OKU seperti ruang dan tandas bagi mereka
Coach ini juga terdapatnya tandas. Antara coach E-F
Merupakan coach paling hujung, tapi kalau nak menghala ke utara, coach
ini la yang paling firstDinasihatkan kalau nak book tiket tu, biar awal sikit sebab takut nanti penuh pula. Lagi-lagi kalau musim perayaan atau hari minggu, memang cepat habis.
So, weekend ni nak pergi mana guys?