
Isi Kandungan
ToggleSnek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato corn dog yang dimasak dengan air fryer.
Jika dibeli di luar, sebatang corn dog ini boleh mencecah sehingga RM9. Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Ena Mohd Arip ini.
Bahan salut I:
– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari
– 1 sudu teh baking powder
– ½ cawan susu
Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan diatas
2. Kacau hingga sebati
3. Jika terlalu pekat, masukkan ¼ cawan air. Kacau rata dan tuang dalam cawan tinggi
Bahan salut II:
– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari pedas
– 1 mangkuk frozen fries potong dadu
– 3 batang sosej
Cara menyediakan:
1. Taburkan tepun Bestari pada frozen fries yang telah dipotong dadu
2. Cucuk sosej pada lidi, kemudian gaulkan dalam tepung supaya sosej tidak kering dan senang disalut dengan bancuhan tepung
3. Celup dalam bancuhan tepung tadi
4. Selepas itu, salut dengan kentang seperti dalam gambar
5. Boleh terus digoreng di dalam air fryer selama 20 minit. Tapi kalau korang nak deep fry pun boleh juga
6. Siap
Selamat mencuba!
Sumber: Ena Mohd Arip
RM6 Bilion Demi Wujudkan 350,000 Peluang Kerja, Ini Alasan Syed Saddiq

Bukan senang ya bagi pihak kerajaan memuaskan hati semua pihak apabila tiba waktu pembentangan belanjawan.
Hari yang dinantikan telah tiba dan bermula jam 4 petang ini, kerajaan menerusi Menteri Kewangan Malaysia, Tuan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 dari Dewan Rakyat.
Ramai rakyat yang mengharapkan agar keinginan mereka untuk peningkatan sosioekonomi akan terbela dan didengari oleh kerajaan.
Ini memandangkan kos tampungan sara hidup yang semakin meningkat. Bukan mudah bagi seorang individu untuk kekalkan gaya hidup dan kehidupan di kawasan bandar dengan keadaan ekonomi semasa.
Bagi kebanyakan graduan kolej dan universiti pula, peluang pekerjaan yang semakin terhad menjadi salah satu faktor penghalang untuk mereka bergerak ke hadapan.
Oleh sebab itulah, menteri Belia dan Sukan negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat permintaan mega sempena Belanjawan 2020.
Untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda bagi tempoh 5 tahun akan datang, beliau meminta agar bajet sejumlah RM6 Bilion akan disalurkan kepada kementerian beliau!
WOW
Bercakap kepada rakan media di Malaysia Kini, beliau berkata, “Mencipta peluang pekerjaan adalah keutamaan kami.
“Jika tak dapat menyelesaikan keperluan asas seperti pekerjaan, kita tak dapat penuhi keperluan lain. Saya membayangkan ini akan menjadi sebahagian daripada pembentangan Belanjawan 2020.”
Beliau, bagaimanapun enggan memperincikan bagaimana peruntukan RM6 Bilion itu akan digunakan untuk mencipta peluang pekerjaan.
*
Untuk pengetahuan korang, setakat bulan Julai 2019 saja, sekitar 524,800 orang dilaporkan menganggur. Daripada jumlah itu, 10.9 peratus adalah di kalangan belia.
Demi mengatasi masalah itu, pihak Syed Saddiq juga memandang kepada alternatif lain seperti elaun untuk pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) kepada pelajar dengan latar belakang memerlukan.
“TVET adalah lebih baik daripada menyediakan wang tunai kepada orang muda.
“Malah, pengambilan kerja selepas tamat pengajian TVET juga tingga, iaitu antara 94 – 96 peratus. Itu adalah lebih baik daripada graduan beberapa universiti awam.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
6 Jenama Tawarkan Diskaun & Barang Percuma Sempena PRU-14, Rebut Cepat!

Isi Kandungan
ToggleSemua orang tak nak ketinggalan untuk meraikan hari mengundi.
Ini termasuklah beberapa jenama ini yang menawarkan sesuatu yang percuma atau lebih murah dari kebiasaan. Mudah saja syaratnya, pastikan korang telah mengundi dan jangan padam kesan dakwat pada jari tu.
Tunjukkannya kepada wakil kedai dan enjoy 6 benda yang ditawarkan ini!
01
Minuman Percuma
Dari jam 5pm sehingga 8pm, korang wajib dapatkan minuman Summer Frappucino di cawangan Starbucks seluruh negara. Beli satu, percuma satu, hilang penat berbaris tadi.
02
Lagi Minuman Percuma Sebab Panas Kan
Tak nak ketinggalan, kafe The Coffee Bean & Tea Leaf juga menawarkan ‘kempen’ Buy 1 Free 1 Drink untuk minuman Chocolate Strawberry, yumss! Lagi best, tawaran dibuka untuk sepanjang hari ini.
03
Diskaun Baju & Aksesori
Selalu kita menantikan sales bagi jenama pakaian, kan? Why not rebut diskaun 20 peratus bagi mana-mana pembelian barangan Pestle & Mortar Clothing berharga RM120. Hanya untuk 100 pelanggan terawal.
04
Nasi Lemak
Tiada apa yang lebih patriotik melainkan makanan tradisi Malaysia, Nasi Lemak dan minuman Teh Tarik.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kedua-duanya secara percuma bagi 200 pelanggan terawal di setiap cawangan terlibat; iaitu di Ben’s, Ben’s General Food Store dan di Plan B.
05
Selepas Tengah Hari Pun Dahaga, Pe Cer?
Serius hari ni panas! Jadi bagi korang yang baru saja mengundi tu, rebut peluang untuk mendapatkan minuman Ice Lemon Tea percuma bagi 100 pelanggan terawal mereka di setiap cawangan.
06
‘Mengopi’ Sementara Tunggu Keputusan
Sampai ke malam pun, korang masih sempat untuk merebut peluang diskaun secara valid.
Kunjungi kafe Frisky Goat di TTDI untuk menebus baucar 50 peratus minuman kopi dengan syarat, korang memesan satu set makanan dari mereka. Okaylah kan, dah penat seharian mesti korang perlukan makan malam.
* * * * *
So tunggu apa lagi, undi untuk masa depan negara dan dapatkan sesuatu yang istimewa (dan percuma) untuk mengingati hari ini!
Gara-Gara ‘Content’ TikTok, Remaja Ini Gigih Bakar Hutan Dengan Sengaja

Di sebalik kemodenan teknologi masa kini, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN : #PrayForAmazonia Ini Yang Korang Patut Tahu Tentang Kebakaran Di Hutan Hujan Amazon
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Aplikasi TikTok umumnya dikenali sebagai aplikasi yang menggembirakan dan banyak memberi manfaat kepada umum. Namun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang berasal dari Pakistan sanggup membakar hutan dengan sengaja demi sebuah ‘content’ di laman media sosial popular ini. Malah, tindakan yang tidak masuk akal itu menyebabkan Humaira Asghar berhadapan dengan tindakan mahkamah.
Bukan hanya Humaira Asghar, malah menurut lapor Free Press Journal idea ‘gila’ ini kian menanah dan sedang merebak di Pakistan. Kebanyakan pemuda di sana sanggup untuk melakukan apa sahaja demi sebuah kandungan media sosial.
This is a disturbing & disastrous trend on Tik Tok! Young people desperate 4 followers are setting fire to our forests during this hot & dry season! In Australia it is lifetime imprisonment for those who start wildfires. We need to introduce similar legislation @WildlifeBoard pic.twitter.com/RGMXnbG9f1
— Rina S Khan Satti (@rinasaeed) May 17, 2022
Dalam video 11 saat, kelihatan Asghar berjalan menuruni Margalla Hills di Pakistan sambil dibelakangnya api bergerak perlahan dengan lagu pop sebagai muzik latar video pendek. Manakala di bahagian kapsyen pula, Asghar menulis bahawa api sedang marak di mana sahaja dia berada – satu kapsyen berani mati yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar.
Asghar bukan satu-satunya TikToker Pakistan yang telah dituduh membakar hutan hanya untuk kandungan media sosial. Pihak berkuasa Pakistan berkata, membakar hutan adalah budaya baharu yang muncul di negara yang kini sedang berjuang dengan situasi cuaca panas yang tidak menentu. Anak muda ini wajar di tangkap kerana kebodohan mereka yang gilakan populariti dan jumlah tanda suka, kata Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad Rina S Khan Satti di laman Twitter miliknya.
مارگلہ کے جنگلات میں آگ لگانے والے جوانوں کی ویڈیو سامنے آگئی@ahsanpsp @dcislamabad pic.twitter.com/7Ke0znzms8
— sajid sheikh (@sajidsheikh321) May 16, 2022
Menurut laporan Indian Express pula, seorang lelaki di bandar Abbottabad turut ditahan kerana sengaja membakar hutan untuk dijadikan sebagai latar bagi kandungan videonya. Dalam satu lagi video yang dikeluarkan baru-baru ini, dua lelaki dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan sebagai latar video pendek tersebut.
Hmm..Dorang tak tahu perlakuan dorang ini mampu memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar. Kenapalah nak pergi bakar hutan tu.Boleh je kan boleh guna efek je sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Indian Express , Twitter