Wanita Ini Kongsi Step By Step Hilangkan Whitehead & Blackhead Guna Skincare Yang Sesuai

Share

Isi Kandungan

Toggle

Masalah whitehead dan blackhead boleh dikatakan antara situasi kedua selepas jerawat, yang selalu membimbangkan kaum perempuan.

Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan ia secara tidak langsung mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.

Selain itu, sinaran matahari yang terlalu banyak atau pemilihan skincare yang tidak sesuai juga boleh merosakkan kolagen kulit dan turut membuka liang di muda dan menyebabkannya tersumbat. Itu di antara salah satu punca bagaimana whitehead atau blackhead pada kulit muka korang boleh terjadi.

Jadi, apakah rutin yang korang boleh buat untuk hilangkan masalah whitehead dan blackhead ini? Jom kita lihat bagaimana Iman Abdul Rahim ini berkongsi cara penjagaan dan produk terbaik untuk mengatas masalah ini.

Whitehead

1. Basic skincare routine

Rutin asas ni maksudnya korang guna cleanser, moisturizer dan sunscreen setiap hari serta pilihlah produk yang sesuai dengan kulit. Kadang-kadang, bila produk tidak sesuai dengan kulit, itu yang membuatkan whitehead terjadi pada kulit wajah.

2. Keep your skin hydrated

Ada beza antara kulit dry dengan dehydrated. Kulit kering bila ia tidak cukup menghasilkan minyak, jadi korang akan rasa kering. Manakala, dehydrated skin adalah kulit yang tak cukup air.

So, pastikan kulit korang sentiasa hydrated dan berikut adalah antara contoh hydrating toners yang korang boleh try.

3. Exfoliate using chemical exfoliate, alpha hydroxy acid (AHA)

Basically, exfoliator adalah proses membuang sel kulit mati, tak kisahlah pada muka atau badan. Skrub pula, cara untuk kita buang kulit mati tu. Ini cara mudah untuk buat korang faham apa itu exfoliate.

Guna produk yang ada glycolic, lactic acid atau mandelic acid. Chemical exfoliate baik untuk kulit yang kering, kusam, berminyak, pori tersumbat dan jerawat.

Contoh AHA: 1. Paula’s Choice 2. Cosrx
Contoh AHA daripada The Ordinary

Blackhead

1. Basic skincare routine

Sama seperti whitehead, lakukan basic routine ini dengan cleanser, moisturizer dan sunscreen.

2. Clay mask

Buat waktu pagi, selepas bersihkan muka.

Apply BHA
• Tunggu 20 minit
Apply clay mask
• Tunggu 10 minit (tak perlu pakai lama-lama, takut kering sangat)
• Bilas clay mask

pakai air biasa
• Keringkan muka
• Pakai oil-based cleanser

Kemudian, continue dengan rutin normal skincare korang.

3. Chemical exfoliate using BHA

Contoh BHA

Apa-apa pun, make sure korang kenal dengan jenis kulit masing-masing terlebih dahulu kerana hasil daripada tips ini mungkin berbeza-beza.

Cuba guna kaedah patch test untuk pastikan sama ada kulit korang sesuai atau tidak dengan produk yang digunakan.

Good luck guys!

Published by
Noor Ain Norman