Bagi wanita tindik pada telinga merupakan cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil dan ada pula memilih di usia remaja.
Malah, bagi sesetengah individu menindik pada anggota tubuh badan mereka sendiri memberi keyakinan dan merasakan diri mereka tampak lebih menarik dari biasa.
Tapi awas ya!
Malang tidak berbau, seorang wanita menerima keadaan yang tragis selepas menindik bibir bawahnya dengan bayaran sekitar RM47.50. Memetik laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20, sebelum itu dilaporkan bertarung nyawa selama 24 hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital yang terletak di selatan Brazil.
ALAMI SAKIT KEPALA DAN DEMAM TERUK
Dua bulan kemudian, bahagian yang ditindik mula mengalami radang dan membengkak. Andressa juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.
Disebabkan kesihatan semakin merosot, gadis itu kemudiannya ditempatkan di wad ICU kerana situasi kesihatannya yang semakin merosot. Lebih mengejutkan, doktor yang merawat Andressa memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki saluran darah melalui aksesori tindikan hingga merosakkan 37 peratus otaknya.
DIINTUBASI SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Berikutan itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Seperti yang dilaporkan, Andressa turut diintubasi sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu. Menurut doktor lagi, jika terselamat sekalipun, Andressa berkemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal seperti sebelum ini akibat kegagalan fungsi otak.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua tempat bagus untuk ditindik ada beberapa bahagian pada tubuh bahaya untuk ditindik.
Tindik Pada Puting
Puting merupakan antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan manusia, wanita yang menindik pada puting mereka berpotensi menghidap jangkitan kuman, kerosakan saraf, pendarahan, hematoma, alahan dan parut keloid. Puting yang ditindik mengambil masa lebih kurang enam minggu hingga ke enam bulan atau mungkin lebih, ianya bergantung pada tubuh badan individu.
Tindik Pada Vagina
Vagina merupakan bahagian paling penting dan sensitif bagi wanita. Tapi dengan trend masa kini ramai wanita muda sanggup menindik bahagian intim mereka, wanita yang menindik di bahagian vagina mereka berpotensi untuk mengadapi masalah ini:
Tindik Pada Lidah
Lidah yang berfungsi untuk merasa makanan dan minuman ditindik dengan aneka bentuk besi, menindik pada lidah berpotensi untuk mengalami jangkitan kuman, membuatkan sukar untuk bercakap, menelan makanan dan merosakkan lidah. Malah, menindik pada lidah mengambil masa lebih kurang empat ke enam minggu untuk pulih, tapi jika dalam tempoh tersebut berlaku sebarang komplikasi kamu harus segera mendapatkan rawatan di hospital.
Tindik Pada Kening
Menindik pada kening sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menghidapi migrane, sakit kepala yang teruk, bengkak, pendarahan, dan mata menjadi hitam. Biasanya selepas menindik pada bahagian kening ini, ianya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga bulan untuk sembuh jika tiada sebarang komplikasi kesihatan yang lain.
Tindik Pada Tulang Rawan Telinga (Ear Cartilage)
Suka tindik banyak subang dan besi pada tulang rawan telinga (ear cartilage) mengundang risiko menghadapi keradangan pada telinga, jangkitan kuman, telinga bengkak, kerosakan tisu dan saraf, dan menyebabkan trauma pada tulang rawan telinga.
Tempoh untuk pulih selepas tindik dibahagian kening lebih kurang empat bulan hingga ke satu tahun, jika tiada sebarang komplikasi kesihatan berlaku sepanjang tempoh proses pulih.
Ini adalah beberapa tempat yang bahaya untuk ditindik pada badan kita, terang-terang nampak keburukan lebih tinggi dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang jika tidak berhati-hati semasa menindik.
Sebaiknya elakkanlah tindik di tempat yang diterangkan di atas, jika mahu juga terpulang risiko sendiri kena tanggung.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.