Selepas kes wabak pandemik COVID-19 semakin berkurangan, banyak pusat-pusat hiburan dan rekreasi sudah kembali beroperasi seperti biasa. Namun, kegembiraan bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas tercampak daripada roller coaster di Paris.
Menurut CNN, kejadian berlaku apabila wanita itu menaiki roller coaster Formula 1 di Parc Saint-Paul in Oise, kira-kira 80 kilometer di utara Paris.
Wanita yang sudah berkeluarga itu dikatakan ingin menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka di taman tema tersebut, namun akhirnya bertukar menjadi mimpi buruk buat keluarganya.
Suami mangsa dikatakan sempat memegang kaki isterinya tetapi tidak dapat menarik kembali wanita itu daripada tercampak.
Seorang saksi mendengar jeritan mangsa dan melihat wanita itu terkeluar daripada palang keselamatan.
Formula 1 Coaster adalah salah satu daripada 45 permainan yang ada di taman tema tersebut. Sebelum ini, dilaporkan telah berlaku satu lagi kejadian maut membabitkan roller coaster
yang sama pada tahun 2009.Permainan roller coaster yang terbabit juga dilaporkan telah ditutup selepas kemalangan maut yang berlaku baru-baru ini.
Di ruangan komen Harian Metro, ramai juga turut menceritakan pengalaman dan sebab-sebab kenapa mereka tidak pernah ‘teringin’ nak menaiki roller coaster.
Ada juga yang berpendapat bahawa jika memang sudah ajal, mungkin roller coaster ini hanyalah asbabnya.
Apa-apa pun, tak kiralah sama ada korang mahu atau tidak menaiki roller coaster nanti, paling penting adalah jaga keselamatan dan pastikan korang mengenakan tali pinggang keledar dengan betul. Jika tidak pasti, panggil sahaja penjaga roller coaster
tersebut untuk check sama ada apa yang korang pakai itu betul atau tidak.Sumber: CNN & Harian Metro