Wanita Sanggup Berhabis RM600 Ribu Semata-Mata Mahu Kelihatan Seperti Barbie

Share

Macam-macam yang dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu menjadi cantik. Seorang wanita di Australia telah berhabis sebanyak 110,000 Pound Sterling (RM606,139) demi mendapat hasil berwajah seperti anak patung Barbie.

Tara Jayne McConachy menjadi terkenal selepas tampil dalam rancangan Botched, yang mengetengahkan topik berkenaan pembedahan plastik disiarkan di saluran The E!.

Sumber: Daily Mail

Wanita itu telah melakukan sebanyak lima kali pembedahan termasuk membesarkan payudara, implan punggung, venir dan botox. Tara membuat implan payudara namun terpaksa membuangnya kerana menghadapi masalah belakang.

Sumber: Daily Mail

Jelasnya, dia masih tidak berpuas hati dengan penampilannya dan berharap memiliki payudara lebih besar, kulit licin dan tampil lebih muda. Namun begitu, doktor yang merawatnya tidak mahu melakukan pembedahan kerana berisiko.

Sumber: Daily Mail

Pakar menjelaskan, kulit disekeliling bahagian atas nipis dan jika wanita itu menambah lagi implan silikon, ia boleh memberi risiko kepadanya. Walau bagaimanapun, pembedahan itu boleh dilakukan jika Tara menambah lima peratus daripada berat badannya.

Wajahnya sebelum melakukan pembedahan

Ha agak-agak dia sanggup ke nak tambah berat badan?

Begitulah lumrah manusia. Masih ada yang tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan sanggup berhabis wang demi kepuasan nafsu. Sayangilah diri korang agar tidak memudaratkan diri sendiri yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman