Baru-baru ini, sempena ulang tahun ke-25 menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, tular sebuah video memaparkan aksi seorang wanita muda yang sedang bertugas sebagai Juruteknik.
Wanita yang digelar ‘Iron Lady’, Normalia Sidek atau lebih dikenali sebagai Maya difahamkan bertugas sebagai Rope Access Technician (juruteknik akses tali) dan juga Non-Destructive Testing (NDT) technician berjiwa besar dan berani melakukan pekerjaan mencabar itu apatah lagi seorang wanita.
Menurutnya menerusi Tiktok, tidak ramai yang berpeluang berada di puncak dan menawan aras tertinggi KLCC. Justeru, Maya berkongsi pemandangan yang dilihat dari ketinggian 1,483 kaki berkenaan sebenarnya sangat mengagumkan.
Kredit: Maya Sidek
“Petronas Twin Tower cukup bermakna bagi saya. Ia salah satu yang berada dalam bucket list item saya. Saya bersyukur terpilih berada dalam pasukan yang hebat. Saya duduk di atas sana (sekejap) rasa seperti healing”
“Saya sangat bersyukur kerana ia begitu cantik pemandangan dari atas, jelas keindahan dunia di bumi ini,” katanya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, pengalaman menjalankan tugas pada aras tinggi bukan mudah dan berisiko tinggi. Jelasnya, kekuatan mental dan fizikal perlu dipersiap demi kelancaran tugas di samping perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan biarpun sudah dilengkapi alat keselamatan.
“Sebagai rope technician kita perlu menyediakan kekuatan mental dan fizikal. Mental perlu kuat kerana di atas sana pelbagai perkara boleh berlaku. Trust your movement. Anyone can be anything,” katanya.
Tidak ramai yang berpeluang menakluk puncak KLCC. Justeru, tugasnya menukar lampu pada mercu kedua tertinggi di Malaysia itu juga menjadi kebanggaan beliau.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan pasukan saya kerana dapat menyumbang hasil tangan kami untuk Malaysia. Setiap kali saya melihat KLCC yang kini sudah boleh bertukar-tukar warna lampunya, saya akan teringat memori memasang sistem itu di sana,” kongsinya.
Ads
“Saya katakan kepada anak tengok lampu itu, ibu yang pasang,” ujar Maya.
Sementara itu, keberanian dan semangat kental Maya turut disoroti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menerusi media sosial.
Ads
“Saya terkejut dan kagum melihat seorang wanita bekerja di atas puncak Menara Berkembar Petronas. Saya tengok gayat dan seperti hendak jatuh tetapi beliau berani. Wanita Melayu zaman ini, mereka berani sehingga naik begitu (tinggi)”
“Sudah tentu orang lain tidak berani. Beliau (Maya) menunjukkan kebolehan wanita Melayu yang kadang-kadang lebih daripada lelaki Melayu. Namanya Cik Maya Sidek, saya ucap tahniah. Inilah semangat yang ingin dilihat daripada wanita-wanita kita iaitu berani menghadapi cabaran dan mengatasi segala perasaan takut . Tahniah Maya Sidek,” ucap Tun Dr Mahathir.
Sekadar info, menerusi temubual bersama SinarPlus sebelum ini, Maya mendedahkan kerjayanya bermula semasa beliau aktif dengan aktiviti lasak iaitu mendaki tebing. Kemudian, beliau mula mencuba mengambil kursus kemahiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekerjaan mencabar itu.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada dua buah sekolah di negara kita kerana telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.
Menurut laporan Bernama, Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori ‘Inovasi’ manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’.
Anugerah ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express dan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai sebanyak AS$250,000.
Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Minggu Pendidikan Dunia, iaitu 16 hingga 21 Oktover depan dan bakal menerima AS$50,000.
Untuk info, sekolah yang telah disenarai pendek ini dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan pelajar, membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia dan semoga pencapaian ini membakar semangat sekolah-sekolah lain di Malaysia untuk bersaing merebut gelaran tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impak kegagalan bola sepak Malaysia ke final AFF 2020 akhirnya menyebabkan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengundurkan diri.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Timnas Malaysia mempertahankan Tan Cheng Hoe usai kegagalan di Piala AFF 2020. (ANTARA FOTO/Hafidz Mubarak A)
Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.
Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.
FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.
Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelajar jurusan pengajian Diploma Perniagaan di sebuah kolej swasta Pulau Pinang, Dheper Reshaa Teh berhasrat untuk mempromosikan kepelbagaian budaya di Malaysia apabila mewakili negara di pertandingan akhir Miss Teen Universe 2021.
Remaja berusia 19 tahun itu ingin mengetengahkan keindahan Malaysia dan membanggakan negara selepas berlepas ke Dubai pada 25 Oktober ini untuk bersaing dalam pertandingan ratu cantik itu pada 6 November kelak.
“Saya berharap agar pengalaman menyertai pertandingan ratu cantik sejak empat tahun lepas akan membawa kejayaan kepada saya sekaligus dinobatkan sebagai Miss Teen Universe 2021. Mereka yang ingin menyokong saya sebagai wakil Malaysia boleh melayari Instagram Miss Teen Universe @missteenuniversepageants dan undi saya,” katanya.
Dheper dilaporkan mula menunjukkan minat dalam pertandingan ratu cantik dan memendam hasrat untuk bergelar Miss Universe ketika berusia empat tahun lagi.
Cita-citanya terus berkembang setelah mempelajari kursus peragaan (catwalk) di rumah dan mengikuti akademi peragaan di Pulau Pinang.
“Sudah menjadi impian saya untuk bergelar Miss Universe satu hari nanti dan untuk melihat diri saya dipaparkan dalam majalah Vogue serta berada di papan iklan.”
Dheper Reshaa Teh
Dheper kemudiannya mula mengungguli pertandingan ratu cantik apabila dinobatkan sebagai Miss Teen International Malaysia 2018/2019. Sejak itu, dia berusaha untuk bersaing dalam dua buah pertandingan peringkat antarabangsa, iaitu Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India dan Miss Tourism Global City di Guangdong, China tahun ini.
Usahanya membuahkan hasil apabila dipilih sebagai finalis bagi pertandingan Miss Teen Universe 2019. Kemudian, dia ditempatkan di ranking 20 peserta terbaik bagi pertandingan Miss Tourism Global City.
Tahniah kami ucapkan kepada Dheper Reshaa Teh. Semoga usahanya membawa nama Malaysia di Miss Teen Universe 2021 akan membuahkan kejayaan. Korang boleh mengundi Dheper di laman Instagram rasmi Miss Teen Universe sebagai tanda sokongan sebagai rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...