Baru-baru ini, sempena ulang tahun ke-25 menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, tular sebuah video memaparkan aksi seorang wanita muda yang sedang bertugas sebagai Juruteknik.
Wanita yang digelar ‘Iron Lady’, Normalia Sidek atau lebih dikenali sebagai Maya difahamkan bertugas sebagai Rope Access Technician (juruteknik akses tali) dan juga Non-Destructive Testing (NDT) technician berjiwa besar dan berani melakukan pekerjaan mencabar itu apatah lagi seorang wanita.
Menurutnya menerusi Tiktok, tidak ramai yang berpeluang berada di puncak dan menawan aras tertinggi KLCC. Justeru, Maya berkongsi pemandangan yang dilihat dari ketinggian 1,483 kaki berkenaan sebenarnya sangat mengagumkan.
“Petronas Twin Tower cukup bermakna bagi saya. Ia salah satu yang berada dalam bucket list item saya. Saya bersyukur terpilih berada dalam pasukan yang hebat. Saya duduk di atas sana (sekejap) rasa seperti healing”
“Saya sangat bersyukur kerana ia begitu cantik pemandangan dari atas, jelas keindahan dunia di bumi ini,” katanya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, pengalaman menjalankan tugas pada aras tinggi bukan mudah dan berisiko tinggi. Jelasnya, kekuatan mental dan fizikal perlu dipersiap demi kelancaran tugas di samping perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan biarpun sudah dilengkapi alat keselamatan.
“Sebagai rope technician kita perlu menyediakan kekuatan mental dan fizikal. Mental perlu kuat kerana di atas sana pelbagai perkara boleh berlaku. Trust your movement. Anyone can be anything,” katanya.
Tidak ramai yang berpeluang menakluk puncak KLCC. Justeru, tugasnya menukar lampu pada mercu kedua tertinggi di Malaysia itu juga menjadi kebanggaan beliau.
@chedetofficial Maya yang Gigih @Mommy two rope #inspiration #petronastwintowers25 #womenempowerment ♬ original sound – chedetofficial
“Saya sangat bangga dengan kejayaan pasukan saya kerana dapat menyumbang hasil tangan kami untuk Malaysia. Setiap kali saya melihat KLCC yang kini sudah boleh bertukar-tukar warna lampunya, saya akan teringat memori memasang sistem itu di sana,” kongsinya.
“Saya katakan kepada anak tengok lampu itu, ibu yang pasang,” ujar Maya.
Sementara itu, keberanian dan semangat kental Maya turut disoroti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menerusi media sosial.
“Saya terkejut dan kagum melihat seorang wanita bekerja di atas puncak Menara Berkembar Petronas. Saya tengok gayat dan seperti hendak jatuh tetapi beliau berani. Wanita Melayu zaman ini, mereka berani sehingga naik begitu (tinggi)”
“Sudah tentu orang lain tidak berani. Beliau (Maya) menunjukkan kebolehan wanita Melayu yang kadang-kadang lebih daripada lelaki Melayu. Namanya Cik Maya Sidek, saya ucap tahniah. Inilah semangat yang ingin dilihat daripada wanita-wanita kita iaitu berani menghadapi cabaran dan mengatasi segala perasaan takut . Tahniah Maya Sidek,” ucap Tun Dr Mahathir.
@mayasidek Happy 25years Petronas Twin Towers #klcc #fyp #ropeaccessmalaysia ♬ original sound – Mommy two rope
Sekadar info, menerusi temubual bersama SinarPlus sebelum ini, Maya mendedahkan kerjayanya bermula semasa beliau aktif dengan aktiviti lasak iaitu mendaki tebing. Kemudian, beliau mula mencuba mengambil kursus kemahiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekerjaan mencabar itu.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.