Oktober bulan yang cukup istimewa untuk golongan wanita. Ini kerana sepanjang Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia atau disebut juga Pink Oktober. Ia sebagai memperingati dan meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara di persada dunia.
Tahukah, kanser payudara merupakan kanser TERTINGGI berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia. Jika tidak dikesan dan dirawat segera, kanser ini boleh merebak
ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Dari banyak-banyak kanser, 17 peratus datangnya dari kanser payudara. Dalam kalangan wanita yang menghidap kanser, 32.1% adalah Kanser Payudara, sekaligus menjadi pembunuh utama kaum wanita.
Di sebalik fakta menakutkan ini dan menjadi “pembunuh” kedua tertinggi, tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat.
Oleh itu, sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
1. Terdapat benjolan atau bengkak luar biasa pada payudara atau ketiak
2. Salah satu putting termasuk ke dalam
3. Perbezaan saiz atau bentuk yang luar biasa pada payudara
4. Terdapat lelahan cecair yang luar biasa keluar daripada puting payudara
5. Ruam pada payudara atau puting
6. Permukaan kulit payudara berkedut seperti buah oren
Jadi kalau ada semua simptom atau petanda di atas, segeralah buat pemeriksaan awal ya untuk mengelak lebih berisiko. Sumber : Institut Kanser Nasional (IKN)