“Wanita Terakhir” : Farhan Asri Dan Fattah Amin, Siapa Lagi Sedap?

Share

Lima hari saja lagi sebelum episod pertama program Hero Remaja 2017 bakal ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro RIA HD, para finalis yang berentap pada kali nyata tak nak kalah di kalangan diri masing-masing. Apa saja bakat yang ada, mereka pasti akan cuba untuk tonjolkan sebaik mungkin.

Iyalah, bukan selalu untuk mereka mendapatkan perhatian masyarakat. Oleh itu, apabila platform sudah diberi, apa lagi rebutlah sebaik mungkin!

Salah seorang daripada finalis berbakat pada edisi kesembilan Hero Remaja ini ialah finalis yang berasal dari Seremban Negeri Sembilan, Farhan Asri. Hero berusia 20 tahun sememangnya sudah lama berminat dengan bidang nyanyian sejak darjah empat lagi. “Masa itu, saya dapatkan gitar pertama saya tapi memang tak reti mainlah. Slowly

, saya belajar nak fahami chord gitar. Nak tahu macam mana saya belajar? Haaa, saya beli buku chord bermain gitar. (Ketawa) Old school tak?” kata Farhan kepada REMAJA.

Hanya setelah memasuki Tingkatan Tiga, Farhan mula mahir untuk memetik gitar dan mula bereksperimentasi dengan lagu serta olahan suaranya. Antara lagu yang gemar dibawanya pada masa itu? “Hhm, saya suka bawa lagu jiwang sebenarnya! Adalah beberapa lagu yang saya gemar seperti “Tercipta Untukku” – Ungu dan “Menatap Matamu” – Aril AF. Fuhh

jiwang betul. Haha..
Sebahagian daripada para finalis Pencarian Hero Remaja 2017 termasuklah Farhan Asri di cover majalah REMAJA Julai 2017

Apabila mengetahui tentang minat Farhan dalam bidang muzik ini, REMAJA dengan kolaborasi Media Hiburan (MH) memberikan peluang kepadanya untuk menonjolkan bakatnya di pentas The Stage yang dibawakan oleh Media Hiburan. Membawakan gabungan dua lagu iaitu ‘Aisyah’ dan ‘Wanita Terakhir’, Farhan katanya sengaja menggabungkan dua lagu popular itu.

Takut dibandingkan dengan Fattah Amin ke Farhan?

“Tak semestinya saya nak dibandingkan dengan Hero Remaja 2012 itu. Kebetulan, saya memang meminati lagu nyanyiannya dan bila saya nyanyikan di dalam bilik tidur, saya serta merta mendapat idea untuk menggabungkan chord ‘Wanita Terakhir’ dengan ‘Aisyah’ versi akustik!

REMAJA rasakan, Farhan did a very good job at The Stage. Korang pula macam mana, suka tak dengan versi nyanyian ‘Aisyah / Wanita Terakhir’ akustik ini? Klik video di bawah dan jangan lupa, undi Farhan sebagai Hero Favourite korang di http://www.remaja.my/farhan-asri/ 

Published by
FZ