Kelibat seorang wanita yang melompat dari bangunan apartmen di Midtown, New York City pada hari ini telah dikenal pasti sebagai pemenang Miss USA 2019, Cheslie Kryst.

Wanita Terjatuh Apartmen Di New York Dikenal Pasti Sebagai Miss USA 2019, Cheslie Kryst

Cheslie yang juga merupakan seorang graduan jurusan undang-undang berusia 30 tahun dan pernah berkhidmat sebagai seorang peguam sebelum memenangi pertandingan ratu cantik Miss USA 2019 ditemui maut di persimpangan 350 W. 42nd St. bersebelahan bangunan apartmen mewah ‘Orion’ setinggi 60 tingkat sekitar jam 7.15 pagi, waktu tempatan.

Lebih menyayatkan hati adalah apabila Cheslie sempat memuat naik status di akaun Instagram-nya yang berbunyi, “Semoga hari ini akan memberikan anda ketenangan dan waktu rehat,” hanya beberapa detik sebelum dia mengambil keputusan drastik itu.

Wanita Terjatuh Apartmen Di New York Dikenal Pasti Sebagai Miss USA 2019, Cheslie Kryst

Ads

Menurut laporan yang diterima setakat ini, Cheslie berseorangan diri sewaktu dia melompat dan kali terakhir dia ditemui oleh seseorang sebelum maut adalah sewaktu dia berada di kawasan teres luar bangunan di aras 29 bangunan itu.

Sumber terdekat jumpa memberitahu Cheslie telah meninggalkan nota untuk memaklumkan bahawa dia ingin meninggalkan segala aset serta barangannya kepada ibunya – yang juga pernah bergelar peserta pertandingan ratu cantik Mrs North Carolina pada tahun 2002.

Ads

Bagaimanapun, nota tersebut tidak pula menyebut motif di sebalik perbuatannya.

Wanita Terjatuh Apartmen Di New York Dikenal Pasti Sebagai Miss USA 2019, Cheslie Kryst

Ads

Untuk pengetahuan, setelah Cheslie mewakili Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe 2019 di Atlanta dan memperolehi kedudukan 10 peserta terbaik, dia telahpun menerima tawaran sebagai seorang wartawan penyiaran hiburan untuk ExtraTV.

Cheslie juga merupakan wajah sinonim dengan dua edisi pertandingan Miss Universe pada tahun 2020 dan 2021.

Wanita Terjatuh Apartmen Di New York Dikenal Pasti Sebagai Miss USA 2019, Cheslie Kryst
(Dari kiri) : Cheslie bersama-sama Paulina Vega, Miss Universe 2014 dan Demi-Leigh Tebow, Miss Universe 2017 semasa menjadi hos Miss Universe 2020. Sementara itu, Carson Kressley menemaninya pada edisi 2021, November lalu.

Pada tahun 2020, dia telah menjadi hos sampingan bersama-sama dua juara Miss Universe iaitu Paulina Vega dan Demi-Leigh Tebow. Kemudian pada edisi 2021 yang baru saja dilangsungkan pada bulan November lalu, Cheslie telah dijemput sebagai juri peringkat preliminary Miss Universe 2021 sebelum ditugaskan sebagai hos sampingan bersama Carson Kressley.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI