Siapa sangka kegembiraan di taman tema menjadi tragedi apabila sebuah kematian dilaporkan gara-gara terjatuh daripada permainan roller coaster. Ya, perkara ini bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kes yang melibatkan permainan taman tema ini.
Tidak tahu mana silapnya, bagaimana pemain boleh terjatuh dari ketinggian yang tinggi.
Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia secara tragis apabila terjatuh ketika sedang menaiki roller coaster di Klotti Wildlife dan Leisure park di Klotten, Jerman. Menurut laporan, polis sedang menyiasat punca tragedi malang itu sama ada kematian itu adalah akibat daripada kesalahan pihak ketiga.
BACA: Wanita Maut Tercampak Dari Roller Coaster, Ramai Kongsi Pengalaman & Sebab Kenapa Tak Nak Main
Mangsa merupakan seorang wanita berusia 57 dipercayai tergelincir dari tempat duduknya ketika roller coaster itu mengelilingi selekoh sebelum terjatuh dari trek ke bawah. Kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian menghalang tindak balas dari pasukan perubatan.
Trek laluan roller coaster itu diperiksa Germany’s Technical Inspection Association (Technischer Uberwachungsverein atau TUV) untuk penilaian aspek keselamatan. Tiada kecurigaan awal terhadap kelakuan jenayah menurut pendakwa raya.
Selepas ditutup selama tiga hari, taman tema itu dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Trek laluan roller coaster di mana mangsa terjatuh juga diluluskan untuk dibuka semula, namun pegawai taman dilaporkan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai bermain permainan itu buat sementara waktu.
BACA: 7 Roller Coaster Paling ‘Seram’ Di Dunia, Bestnya Kalau Dapat Try
Memang seram kalau dengar berita kemalangan seperti ini. Tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yang memang tidak akan bermain roller coaster ketika di taman tema.
Korang pula bagaimana?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=hBLXZZKX8uc&t=148s