Baru-baru ini seorang perenang wanita transgender Lia Thomas telah mencetuskan satu perdebatan dalam kalangan profesional sukan apabila dia menjuarai pertandingan renang wanita National Collegiate Athletic Association (NCCA) 2022 dan memecahkan rekod pertandingan yang sebelum ini dipegang wanita sejati.
Kemenangan Lia yang baru sahaja menukar jantinanya ketika berusia 21 tahun dan sebelum ini pernah berada dalam pasukan renang lelaki dianggap tidak adil dan mengganggu gugat kualiti sukan khas buat wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: Miss Universe Vietnam 2022 Beri “Golden Ticket” Kepada Wanita Transgender Sebagai Peserta, Pertama Dalam Sejarah Pertandingan
Lantas isu ini diketengahkan dan menerima reaksi yang bercampur, ada yang menyokong Lhia dan ada yang menentang penglibatan wanita transgender dalam sukan wanita.
Lebih daripada 300 perenang kolej, Pasukan USA dan Olimpik menandatangani surat terbuka untuk menyokong Lia dan semua perenang transgender dan bukan binari, tetapi atlet dan organisasi lain telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemasukan golongan transgender.
ARTIKEL BERKAITAN: Second Is The New First, Kontroversi Apabila Wanita Tulen Dikalahkan Transgender Dalam Arena Sukan
Terbaru, badan induk dunia renang (FINA) telah mengundi untuk tidak membenarkan atlet transgender daripada bersaing dalam perlumbaan elit wanita jika mereka telah melalui mana-mana bahagian proses akil baligh lelaki.
Dalam peraturan baru yang ditetapkan mana-mana pesaing wanita transgender perlu melengkapkan peralihan mereka sebelum atau pada usia 12 tahun untuk dapat bersaing dalam pertandingan kategori wanita.
Dasar baharu itu, yang diluluskan dengan 71% undian daripada 152 ahli FINA disifatkan sebagai “hanya satu langkah pertama ke arah kemasukan penuh” untuk atlet transgender.
Fina juga akan menyasarkan untuk mewujudkan kategori ‘terbuka’ pada pertandingan untuk perenang yang identiti jantinanya berbeza daripada jantina kelahiran mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.