
Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik.
• Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia.
• Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi.
• Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 17-24 tahun.
• Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal.
• Fotogenik dan versatil.
• Bujang.
• Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Lokasi Rasmi:
Bangunan Kumpulan Media Karangkraf
No.1, Jalan Renggam 15/5,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Jangan terlepas tarikh ni:
• 22 April 2017 (Sabtu)
• 29 April 2017 (Sabtu)
• 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 9 Pagi-3 Petang
*Semak keratan borang penyertaan di majalah REMAJA edisi April.
See u guys!
Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

2 minggu berturut-turut tiada penyingkiran… Apakah nasib mereka minggu ini?
Adrenalin yang dirasai oleh 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 diteruskan lagi pada episod ketiga minggu ini apabila dua figura ahli perniagaan terkenal, Fizo Omar dan Shalma Ainaa diundang untuk menguji kemampuan mereka dalam cabaran kali ini.
Mengangkat tema ‘Entrepreneurship Challenge’ untuk cabaran episod ketiga, cabaran ini menyaksikan sejauh mana pemahaman 16 finalis Hero Dewi Remaja mengenai selok belok dunia perniagaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran Semakin Mendebarkan, Kecekapan & Kreatif ‘Pertaruh’ Kedudukan Finalis Bagi Episod Seterusnya
Episod tiga yang baru sahaja ditayangkan sebentar tadi turut menyaksikan 8 finalis Hero Remaja dan 8 finalis Dewi Remaja diuji dari segi keupayaan untuk mengaplikasikan strategi perniagaan yang telah diajar oleh mentor dan juri jemputan Fizo Omar.
Fizo Omar yang juga merupakan bekas Hero Remaja 2007 dan ahli perniagaan berkesempatan mengadakan bengkel ringkas ilmu perniagaan dan penjenamaan sebelum finalis diberi peluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari di cabaran seterusnya.
Strategi disusun, semangat membara! Tapi cukupkah itu saja untuk menjadi juara?
Dibahagikan kepada empat kumpulan, tugasan utama mencabar mereka untuk menjual jambangan bunga yang telah digubah dan dipilih sendiri oleh setiap ahli sebelum tiba di lokasi iaitu Kasturi Walk, Pasar Seni Kuala Lumpur.
Tapi sebelum itu, mereka harus melakukan perbentangan kepada juri jemputan yang juga pengasas jenama pakaian tempatan, Shalma Ainaa berkaitan nama kumpulan, strategi serta gaya pemasaran.
Lebih meriah lagi apabila sesi jualan tersebut turut dibuka kepada orang awam dan peminat yang ingin menyokong Hero atau Dewi kegemaran mereka. Memang lurve sangat!
Pelbagai teknik dan strategi turut diaplikasikan oleh setiap finalis demi memastikan produk jualan mereka laku bak pisang goreng panas. Ada yang menyanyi, berjoget dan membuat promosi jualan kotak misteri. Wahhh kreatif juga peserta Hero Dewi Remaja kali ini!
Selain itu, sama juga seperti episod sebelum ini, mereka juga harus melunaskan tugasan Photoshoot Challenge. Klik Klik… start posing guys!
Di penghujung episod, penonton menyaksikan kumpulan Razin yang diwakili tiga finalis lain iaitu Fitri, Evertts dan Jay Iskandar menduduki tempat tercorot bagi cabaran kali ini.
Turut menumpang nasib yang sama ialah kumpulan Arabella yang turut diwakili Qist, Nurel dan Adrina. Manakala, kumpulan Hakim yang diwakili oleh Jaysong, Ameer dan Azri tampil sebagai pemenang.
Namun di akhir rancangan, nasib jelas tidak menyebelahi Razin dan Myra apabila nama mereka berdua diumumkan sebagai finalis yang harus melangkah pergi dek kerana markah keseluruhan individu mereka adalah yang tercorot berbanding semua.
Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan….
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jabir Meftah Nazar Beri Hadiah Wang Kemenangan Pada Youthcare Malaysia

Walaupun mengakhiri pencarian Hero Remaja 2020 dengan hanya mendapat tempat keempat, Jabir Meftah tetap positif dan bersyukur kerana semuanya telah berakhir dan dia kini boleh bergerak ke hadapan serta menyelesaikan segala tugasan dalam misinya bagi membantu pergerakan Youth Care Malaysia (YCM).
“Alhamdulillah saya sangat gembira pada malam ini kerana sejujurnya saya ingin menyelesaikan program ini dengan cepat supaya kami semua boleh buka sayap dan ramai-ramai jadi juara. Kami harus buktikan bahawa bukan hanya memiliki paras rupa, sebaliknya memberi manfaat kepada orang lain,” luah Jabir.
“Buat pertama kalinya dalam program ini saya tidak merasa tertekan kerana dah tak perlu nak fikir apa-apa and just enjoy the show. Sebelum ini saya juga sudah bernazar, jika menang saya akan memberikan kesemua wang hadiah kepada Youthcare Malaysia,”
“Selepas ini saya juga ingin menjemput majalah Remaja, bukan sebagai Jabir Meftah tetapi Presiden Youthcare Malaysia untuk bawa kesemua Hero Remaja kita turun padang dan sama-sama belajar melihat apa yang ada di luar sana,” jelasnya.

Merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas, Perak, Jabir akan meneruskan pembelajarannya dan dalam masa yang sama akan tetap menguruskan urusan kebajikan yang dilakukan oleh YCM.
“Selepas ini saya juga akan sambung masuk ke set penggambaran drama Juliet dan akan tetap meneruskan kerjaya di dalam industri hiburan jika diberikan lagi peluang-peluang lain,” tambah Jabir lagi.
Anak muda berusia 20 tahun ini juga menyifatkan bahawa kesemua finalis telah memberikan yang terbaik dan berharap agar kami semua berjaya menempatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.

“Harapan saya adalah kesemua finalis kekal menjadi hero dan kali ini Malaysia tidak akan lihat bahawa batch kami ‘biasa-biasa’, sebaliknya mereka akan melihat hasil yang luar biasa daripada kami insyaAllah. Hero Remaja adalah hero yang sebenar dan akan memberi inspirasi buat seluruh masyarakat,”
Tahniah kami ucapkan kepada Jabir Meftah dan semoga terus sukses dengan apa sahaja yang akan dilakukan olehnya. Jabir juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, sahabat dan penyokongnya yang tidak pernah jemu-jemu memberikan sokongan selama ini.
Ahsraff Moghni, Kongsi Pengalaman Kena Kacau Semasa Bawa Grab Car

Dengan wujudnya aplikasi seperti Grab, ramai anak muda kini mula berjinak-jinak menjadi pemandu yang membawa penumpang. Bermula dengan hanya sekadar mencuba, Finalis Hero Remaja, Ashraff Moghni menjadi pemandu Grab yang serius selepas mendapati ia mampu memberikan pendapatan yang cukup lumayan. Namun, pelbagai pengalaman yang ditemuinya sepanjang bergelar pemandu Grab termasuklah pengalaman kena kacau dengan perempuan dan juga lelaki!
Sudah berapa lama Ashraff menjadi pemandu Grab?
Hai Remaja. Saya sudah menjadi pemandu Grab selama setahu lapan bulan.
Bagaimana Ashraff mula buat keputusan untuk menjadi pemandu Grab?
Ceritanya, pada masa itu saya masih belajar dan buat ACCA. Pada ketika itu saya fikir saya perlu ada income sendiri. Dan mula dari situ saya mula serius.
Secara average berapa pendapatan yang Ashraff boleh dapat?
Kalau saya buat secara bersungguh-sungguh, pendapatan bulanan saya boleh mencecah 4 hingga 5 ribu ringgit sebulan. Tapi sekarang agak sukar nak cecah sebab sibuk sikit.
Setengah orang fikir kerja sebagai pemandu ini kerja macam kuli atau driver? Pandangan Ashraff?
Saya tidak kisah. Sebagai Grab car driver, saya perlu terima dengan keadaan ini. Asalkan ia kerja yang baik dan memberikan rezeki yang halal buat saya. Mungkin ramai tak tahu yang bidang ini memberi pendapatan yang cukup baik.
Antara penumpang lelaki dan perempuan, siapa paling banyak songeh?
Nak kata songeh itu, tidaklah. Tapi kalau ikut pengalaman saya, perempuan lebih cerewet. Kadangkala saya [erlu tunggu mereka lebih lama. Dan kadang-kadang juga, janji di tempat lain, tapi dia tunggu di tempat lain. Namun, penumpang perempuan jugalah yang paling friendly. Setengah penumpang suka bercakap dan ada yang tidak suka bercakap. Kena pandai baca mood penumpang.
Sesetengah pemandu Grab meletakkan gula-gula dan air mineral kepada penumpang? Ashraff lakukan benda sama?
(Ketawa) Dulu saya ada buat tapi sekarang tak ada lagi. Sekarang lebih kepada bagi servis yang baik.
Sekarang sudah bergelar sebagai Finalis Hero Remaja. Ashraff masih teruskan?
Ya, saya masih teruskan memandu Grab sebab ia merupakan antara punca pendapatan utama saya.
Pernah kena kacau dengan penumpang, contoh mereka minta nombor telefon?
Ada, even masa belum saya pergi ambil mereka pun saya dah kena kacau. Tapi itu saya anggap perkara biasa. Di mana-mana pun kalau orang nak kacau, mereka kacau juga.
Bagaimana berdepan dengan mereka yang suka mengacau Ashraff?
Macam yang lebih-lebih dan weird tu saya block je nombor mereka.
Untuk remaja yang minat nak jadi pemandu Grab. Tip?
Ia satu contoh kerja yang boleh jana pendapatan terutamanya kepada golongan muda. Harus pandai jaga masa sendiri serta jangan malu bertanya.
Pengalaman buruk pernah berlaku sepanjang jadi Grab driver?
Ada sekali saya pernah kena ‘sound’ dengan pemandu teksi sebab menurut dia saya ambil penumpang pelancong asing di kawasan teksi. Semasa nak beredar dia sepak bumper kereta saya. Tapi saya tidak buat apa-apa anggap itu sebagai mungkin cabaran buat saya.