Dah menjadi satu kemestian pemakaian face mask ditempat awam sekarang bagi mencegah penularan wabak. Kerajaan Malaysia juga baru-baru ini menetapkan kewajipan dalam pemakaian pelitup muka bagi mencegah penularan virus ganas Covid-19. Dan individu yang tidak menunaikan kewajipan ini boleh dikehendaki denda RM10,000.
Namun, ramai yang merungut tentang pemakaian face mask ini mendatangkan kerengsaan kulit yang mengakibatkan jerawat sebahagian wajah terutamanya tempat facemask dipakai.
Stress betul kalau jerawat penuh di muka dan sudah tentu akan menjadi mimpi buruk buat semua orang.
Bersempena pelancaran Himaya iaitu jenama penutup wajah premium yang bekerjasama dengan selebriti terkenal tanah air, Wany Hasrita dan primadona Erra Fazira memperkenalkan dua warna terbaharu sekali gus memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.
Ads
Remaja sempat menemubual Wany Hasrita mengenai pengalamannya sendiri berdepan dengan ‘Maskne’ atau jerawat dimuka disebabkan oleh pemakaian penutup wajah.
Pernah mengalami masalah jerawat diakibatkan oleh penutup muka, Wani Hasrita cuba memilih pelbagai jenis penutup muka sehingga berjumpa yang sesuai.
Menurut Wani penutup wajah Himaya ini sangat bagus dan sesuai dengan kulit wajahnya kerana material yang digunakan sangat bagus dan sangat-sangat lembut dan tak kasar pada kulit sehingga mengakibatkan iritasi. Selain pilihan warna-warna pastel yang sesuai digunakan setiap hari.
Ads
Untuk info, pelitup muka medikal hijab ini mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) dan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum terutamanya bagi hijabi, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktirafkan Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Ads
Himaya juga baru melancarkan kempen baru iaitu “Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya” dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen facemask terbaru dari Himaya.
Pelitup muka medikal Himaya diperkenalkan dalam dua warna baharu yang elegan, iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita, dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.
Korang boleh memiliki penutup wajah Himaya ini di semua kedai farmasi Guardian, Watsons, Caring serta melalui ejen berdaftar, atau di kedai atas talian himayamy di Shopee. So apa tunggu lagi. cepat pergi grab sebelum kehabisan stok sebab penutup wajah ini juga boleh digunakan oleh lelaki juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh sehinggakan ramai yang menyimpan niat untuk membela dan memlihara binatang eksotik terutamanya ular.
Tapi sebelum korang memelihara binatang itu ambil kira sisi haram dan halal. Sebagai orang Islam, apakah hukum apabila melakukan jual beli dan memelihara ular. Ini penjelasan yang telah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Soalan
Assalammualaikum, adakah dibolehkan untuk menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan dan apakah hukum berjual beli ular? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih.
Ringkasan Jawapan:
Hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular. Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat
Ular antara haiwan yang berbahaya dan memberi mudarat kepada manusia. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina”
Riwayat Muslim (2235)
Menurut imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular. Sepertimana yang diketahui orang dalam keaadan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/ 234)
Daripada Aisyah R.Anha, Bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “ Lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram), iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang
Riwayat Muslim 1198, Riwayat Bukhari 3314
Perkataan fawasiq yang dinyatakan di dalam hadis memberi makna binatang-binatang pengganggu dan perosak. Berpandukan hadis ini juga, majoriti ulama bersepakat bahawa harus membunuh binatang-binatang tersebut sama ada di tanah haram (Mekah dan Madinah) dan juga di luar tanah haram. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/ 113-114).
Berdasarkan dalil yang dibentangkan, ular termasuk dalam lima kelompok haiwan penggangu (fawasiq) yang dianjurkan untuk dibunuh. Hal ini kerana haiwan tersebut memudaratkan dan berbahaya kepada manusia.
Fuqaha telah membahaskan hukum memelihara dan berjual beli kelompok haiwan penganggu ( fawasiq) seperti berikut :
Hukum Memelihara Ular
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh Minhaj 9/337)
Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular. (Lihat : al-Mantsur fi al-Qawaid, 3/80).
Hukum Jual Beli Ular
Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamaya. ( Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun al-Muftin 3/353 )
Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat. Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu. ( Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyah, 17/280)
KESIMPULAN
Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular. Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Jadi, dah tahu hukumnya masih nak memelihara haiwan berbisa ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, ramai pelancong ternanti-nanti peluang ini untuk ke Malaysia setelah lebih dua tahun kita terpaksa melupakan niat untuk ke luar negara akibat pandemik COVID-19.
Susulan pembukaan semula sempadan Malaysia sejak jam 12 tengah malam tadi, ratusan kenderaan terutamanya daripada sempadan darat negara dengan Singapura telahpun mula masuk demi mengubat rindu berada di sini.
Dijangka, lebih ramai pelancong terutamanya warga Singapura yang akan memasuki negara terutamanya ke Johor Bahru dalam tempoh terdekat. Menurut penduduk Johor, mereka sudah bersedia untuk menyambut ‘kepulangan’ warga Singapura ini kerana merekalah di antara sumber pendapatan mereka tatkala berkunjung ke sini.
Antara lokasi yang dijangka bakal penuh dengan kelibat pelancong ialah Stadium rasmi pasukan JDT, Stadium Sultan Ibrahim. Kongsi Ketua Unit Komersil Kelab Bola Sepak JDT iaitu Kevin Ramalingam, pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ingin menjadikan stadium itu sebagai pusat ikonik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Lalu, pelbagai tarikan bakal diperkenalkan di sini termasuklah JDT Hummer Tour dan pembukaan restoran baharu.
Orang ramai kini berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin untuk mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim bermula 1 April pada kadar bayaran serendah RM30 saja!
“Bagi peringkat awal, JDT Hummer Tour beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari pukul 9 pagi gingga 6 petang. Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkidmmatan ini akan diadakan pada setiap hari disertakan dengan peluang melawat ke dalam stadium.”
Beliau berkata demikian semasa lawatan bersama rakan media semalam yang berpeluang menaiki lomosi tersebut untuk mengelilingi stadium berkenaan.
Selain itu, pelancong juga akan teruja dengan pembukaan Restoran Woodfire Burger yang popular di Johor di samping beberapa lagi buah restoran yang ditambah di kawasan stadium.
Kami rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara pun sebenarnya tak sabar untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Hummer tersebut! Bagi korang yang berkesempatan berada di Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal ke Stadium Sultan Ibrahim ini. Tapi pastikan SOP tidak dilupakan okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lebih sedekad, Malaysia akhirnya meraih semula tempat di puncak podium dalam kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024, berkat kemenangan Aaron Tai-Kang Khai Xing di Nanchang, China, pada 13 Oktober.
Sebagai pilihan pertama kejohanan, Aaron-Khai Xing mencetak nama sebagai juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set yang mendebarkan selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah dan pilihan kedua Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.
Selepas ketinggalan 1-8 pada set pertama, Aaron-Khai Xing mencipta kebangkitan menakjubkan dengan kemenangan 21-18 dan keadaan menjadi sukar bagi mereka pada set kedua apabila tewas 15-21.
Namun, mereka akhirnya membawa pulang gelaran dengan kemenangan 21-18 dalam set penentuan.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memiliki juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi pada edisi 2011 di Taoyuan, Taiwan.
Aaron (17) meluahkan rasa lega setelah menebus kekecewaan tahun lalu apabila beliau dan bekas pasangannya Bryan Goonting hanya mampu meraih gangsa setelah tewas kepada pasangan Taiwan Lai Po Yu dan Tsai Fu Cheng 18-21, 21-15, 14-21 di separuh akhir.
“Rasa seperti mimpi menjadi kenyataan (menang gelaran WJC). Kami merasakan tekanan di set kedua tetapi kami tidak berputus asa dan akhirnya kami berjaya,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.
Dalam pada itu, tiada pengakhiran manis untuk beregu wanita remaja negara Zi Yu-Dania Sofea Zaidi apabila mereka gagal menentang pilihan keempat dari Jepun Ririna Hiramoto-Aya Tamaki 17-21, 17-21 di pentas final.
Walaupun tewas, pasangan bukan pilihan itu layak diberi pujian atas pencapaian cemerlang mereka dalam kejohanan besar pertama termasuk kejayaan mengejutkan pilihan utama dari China Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue 16-21, 21-16, 21-17 di separuh akhir semalam.
Keputusan pada Ahad menyaksikan Zi Yu-Dania mengulangi kejayaan Pearly Tan-Toi Ee Wei yang menjadi naib juara edisi 2018 di Markham, Kanada.
Bercakap selepas perlawanan, Dania (16) mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengejar rentak lawan yang bermain pada tahap yang lebih pantas sepanjang perlawanan.
Selain itu, Zi Yu (14) merasa sedikit sedih kerana tidak dapat membawa kejayaan kepada Malaysia tetapi beliau masih berbangga menjadi pemain termuda beraksi dalam WJC.
Minggu lalu, Malaysia meraih gangsa dalam acara berpasukan campuran setelah tewas kepada tuan rumah, China, dengan keputusan 76-110 di separuh akhir.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras banggakan Malaysia.Rangkul dua anugerah emas dalam pertandingan koir...