Warga Shah Alam Boleh ‘Feeling’ Berada Di Jepun, Cantiknya Taman Baru Ini

Share

Semalam merupakan hari pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun kepada pihak awam untuk melawatnya secara percuma.

Biarpun ia telah disiap sejak tahun lepas dan dijadualkan untuk dibuka pada bulan xx lagi, namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, pelancarannya hanya dapat diadakan pada bulan ini.

Dengan memakan kos lebih kurang RM3.8 juta, taman tersebut telahpun dibina selama dua tahun sejak 2018 lagi. Asalnya, ia adalah sebahagian daripada Taman Tasik Shah Alam sedia ada dan sebahagian daripada kawasan tersebut diambil untuk ditransformasikan kepada aset tarikan terbaru.


Usaha pelancongan ini juga diambil memandangkan ramai pelabur dan penduduk tetap yang berasal dari Jepun di negeri Selangor, terutamanya di ibu negeri Shah Alam yang menempatkan banyak kilang syarikat pembuatan Jepun.

Justeru, dengan wujudnya Taman Persahabatan Selangor-Jepun ini, ia adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak dari Jepun dan kerajaan negeri berharap agar pelaburan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.

Bagi korang yang menetap di Selangor dan berminat untuk mengunjungi Taman Persahabatan Selangor-Jepun bersebelahan dengan Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini, ia dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Dapat lah korang feeling seperti berada di Osaka, Hokkaido dan bandaraya utama di Jepun lain bila mengambil foto OOTD di sini.

Antara spot menarik yang ada di dalam taman rekaan Sitelink Landscape Architect ini ini termasuklah Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi dan Laman Teres.

Selain itu, ia juga akan dimeriahkan dengan program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu.

Sumber Foto : Facebook Sitelink Landscape Architects

Published by
FZ