Warganet Anggap Waktu Menunggu 12 Minit Di Stesen LRT, MRT & Monorel Tidak Realistik

Share

 

Malaysia kini sedang bersiap-sedia untuk memasuki ke fasa endemik di mana kebanyakan sektor dan industri akan kembali beroperasi sekurang-kurangnya secara separa normal.

Tentunya prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka dii tempat awam masih kekal demi menjaga kesejahteraan semua. Namun, rakyat akan merasakan lebih bebas dan boleh mula bergerak seperti dahulu kala.

Salah satu sektor yang boleh ‘bernafas’ semula tentunya adalah sektor pengangkutan awam. Selama dua tahun kita hidup dalam fasa pandemik, kekerapan gerabak sama ada di platform LRT, MRT ataupun Monorail telah dikurangkan dek jumlah penumpang yang menurun.

Kini dengan operasi serta kapasiti pengunjung yang kembali separa normal, kesemua pengangkutan awam (tren dan bas) di bawah kelolaan Prasarana ini kembali sibuk dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Foto Hiasan : The Star

Rata-rata warganet menyambut baik makluman Rapid KL ini. Cuma yang tidak enaknya adalah apabila tren di LRT, MRT dan Monorel pada hujung minggu dijadualkan hanya muncul setiap enam ke 12 minit bergantung kepada laluan.

Mengikut jadual kekerapan rel yang dikeluarkan oleh Rapid KL, tren di laluan luar Central Business District (CBD) akan muncul setiap 12 minit manakla laluan CBD pula setiap enam minit. Ia diikuti oleh setiap 10 minit di laluan Kelana Jaya dan setiap 12 minit di laluan Monorel KL serta laluan MRT Kajang.

Kelewatan ketibaan tren ini sekaligus dipertikaikan oleh warganet. Ia dipercayai akan menjadi sebab utama warga kota tidak akan mengambil pengangkutan awam di hujung minggu.

Malah, ada yang memberitahu sebilangan warga kota tetap bekerja pada hujung minggu dan mengharapkan kepada pengangkutan awam. Ketetapan waktu baharu ini tidak mesra pengguna yang bekerja dan berlibur.

Sementara itu, Rapid KL telah menjelaskan bahawa kekerapan tren akan diolah mengikut keperluan sekiranya jumlah penumpang dilihat melebihi jangkaan.

Even so, tidakkah ia hanya mendatangkan kemusykilan dalam kalangan penumpang sendiri yang kini mempunyai persepsi bahawa pengangkutan awam di ibu negara masih ‘tidak boleh diharap’?

REMAJA percaya ramai warga kota yang mengharapkan agar isu kekerapan ini dapat diatasi. Bukan saja ia akan menyenang orang ramai, malah menarik kepercayaan lebih ramai pengguna untuk terus menggunakan pengangkutan awam bagi jangka masa lama.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ