Klip temubual seorang wartawan warganegara China bersama ahli-ahli politik dari Malaysia telahpun menarik perhatian wargamaya gara-gara penguasaan Bahasa Melayu yang cukup baik dan lancar.

Wartawan yang dikenali sebagai Husna Liang itu sememangnya tidak asing lagi dengan sesi-sesi temubual bersama figura politik Malaysia sekiranya mereka bertandang ke China.

Terdahulu, Husna pernah menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Tidak lama selepas itu, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula membuat kunjungan mesra di Beijing untuk bertemu Husna.

Wargamaya Kagum Penguasaan Bahasa Melayu Wartawan China Ketika Temubual Ahli Politik Malaysia

Ads

Wargamaya Kagum Penguasaan Bahasa Melayu Wartawan China Ketika Temubual Ahli Politik Malaysia

Terbaru, figura yang menjadi jemputan khas Husna pada kali ini ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong untuk berinteraksi mengenai warisan budaya tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kebolehan Husna untuk berbahasa Melayu tanpa gaya tubuh kekok dan lontaran kata yang tidak pelat sama sekali membuatkan wargamaya kagum dengan skil komunikasinya.

Ads

Malah, Datuk Seri Wee Ka Siong juga dilihat selesa untuk terlibat dalam temubual itu yang kini sudahpun dimuat naik ke laman Facebook Husna.

Wargamaya Kagum Penguasaan Bahasa Melayu Wartawan China Ketika Temubual Ahli Politik Malaysia
Husna Liang. 

Skil tersebut barangkali mula diasah Husna sewaktu bergelar penuntut Universiti Minzu Yunnan, China dan mengikuti program pertukaran pelajar semalam dua semester di Universiti Malaya (UM).

Peluang tersebut tidak dibazirkan begitu sahaja oleh Husna untuk menguasai bahasa Melayu sebagai aset berguna seorang pengamal media antarabangsa.

Ads

Rata-rata wargamaya meninggalkan respon positif dalam ruangan komen Husna dan berharap agar rakyat Malaysia berbilang kaum turut menguasai bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu.

BACA ARTIKEL: Leona ‘Bersuara’ Apabila Sering Dipersoal Tak Fasih Berbahasa Melayu -“Cara Saya Cakap Bahasa Melayu Adalah Normal” – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI