Warganet Malaysia Sibuk Bersaing Dalam Olimpik ‘Popcat’, Apa Sebenarnya Klik Kucing Ini?

Share

Bagi pengguna media sosial, tentunya korang perasan akan trend terbaru yang sedang melanda di seluruh Malaysia.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja ramai yang bercakap tentang ‘Popcat’ sampai trending di laman Twitter. Penuh timeline REMAJA dengan foto kucing menguap!

Mesti semua tertanya-tanya, siapa sebenarnya ‘Popcat’ tu?

Foto Kredit :Youtube

Untuk pengetahuan korang, Popcat tu bukanlah nama individu mahupun nama haiwan tapi merupakan permainan disebuah laman web, dimana pengguna seluruh dunia mewakili negara masing-masing bersaing bagi menjadi yang teratas paling banyak klik per saat.

Popcat.click merupakan permainan klik yang dihasilkan oleh peminat meme Josh, Ed dan Freddy sudah wujud sejak April lagi. Permainan klik itu hanya memerlukan korang untuk klik sahaja pada gambar kucing yang terdapat di laman web itu seberapa banyak yang mungkin.

Kesemua jumlah klik anda itu akan dikira sebagai ‘point’ untuk disumbangkan kepada negara yang menyertai. Melihat kepada laman sesawang itu, terdapat sebanyak 203 buah negara yang didaftarkan menyertai permainan tersebut.

Bagaikan sukan Olimpik,  rata-rata netizen Malaysia meletakkan target untuk mencapai pingat emas untuk acara Olimpik Popcat ini. Buat masa sekarang, Malaysia berada di kedudukan ke-3 didunia, dengan jumlah klik setakat artikel ini ditulis seperti dibawah di belakang negara Taiwan.

Untuk turut serta menyertai, hanya perlu klik pada imej kucing yang dikenali sebagai Oatmeal. Di mana setiap kali klik, Oatmeal akan membuka mulut dan akan diberikan mata.

Tiada syarat atau peraturan yang dikenakan, semua rakyat Malaysia boleh menyertai dengan hanya klik pada pautan ini: https://popcat.click/

So, kalau korang bosan, daripada keluar merayau di musim pandemik ni. Baik menyumbang klik, mana tahu Malaysia boleh dapat “gold medal” di Olimpik ‘Popcat’…hiks

Sumber: Popcat

Published by
Nana