Teringat pula zaman sekolah dulu, eh!

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan salah satu subjek yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM). Diajar kepada pelajar sekolah rendah dari darjah empat hingga darjah enam dan pelajar sekolah menengah rendah yakni daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga, Kemahiran Hidup meliputi pelbagai topik yang amat membantu pelajar dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, mereka akan mempelajari mengenai perihal perniagaan, perdagangan, elektronik, ekonomi rumah tangga, mekanikal, sosial dan macam-macam lagi. Senang cerita, sekiranya seseorang menumpukan perhatian sewaktu kelas Kemahiran Hidup, REMAJA yakin dia tidak lagi perlu bergantung harap kepada pertolongan luar.

Lalu apabila seorang pengguna Twitter semalam memperlekehkan kepentingan mempelajari subjek Kemahiran Hidup di sekolah selama tiga tahun, ramai warganet tampil untuk ‘mempertahankan’ kelebihan subjek tersebut.

Warganet Pertahan Kepentingan Subjek ‘Kemahiran Hidup’ Di Sekolah

Ads

Menerusi ciapannya, pengguna tersebut berkata, “Habiskan tiga tahun hidup saya belajar “Kemahiran Hidup.” Bina 1) Kotak surat, 2) Litar elektronik dengan LED dan 3) Rak dekorasi. 18 tahun telah berlalu dan saya masih tidak menyiapkan mana-mana perkara di atas dalam hidup saya.

“Tahniah kepada sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

*

Lantas, ciapan yang berjaya menarik perhatian 1,697 retweet dan 977 quote tweets itu telah ditempelek oleh warganet yang berpendapat individu tersebut yang tidak tahu menggunakan kelebihan ilmu yang dipelajari menerusi subjek Kemahiran Hidup.

Ads

Kata salah seorang pengguna, “Jujurnya daripada semua subjek yang telah saya pelajari.. Kemahiran Hidup benar-benar telah membantu saya dalam kehidupan seharian.”

Seorang lagi berkata, “Tetapi saya belajar untuk menjahit, mencuci pakaian dan memasak mee hoo goreng disebabkan subjek Kemahiran Hidup.

Warganet Pertahan Kepentingan Subjek ‘Kemahiran Hidup’ Di Sekolah

Ads

Secara sarkastik pula, seorang pengguna berkata, “Nama pun Kemahiran Hidup. Kena retilah nak cedok yang mana (ilmu berguna daripada subjek tersebut). Semua belajar dulu, pakai lagi sampai sekarang.”

Warganet Pertahan Kepentingan Subjek ‘Kemahiran Hidup’ Di Sekolah

Hehe.. adakah korang bersetuju dengan pendapat warganet yang mempertahankan kelebihan subjek Kemahiran Hidup ini?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI