Kemunculan tiga orang anakanda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah menarik perhatian ramai warganet pada hari ini.
Tatkala cuaca menunjukkan hujan renyai turun di sebelah pagi, tiga anakanda Baginda itu sedia meredah dengan memayungkan diri sendiri dan tidak menjadikan cuaca sebagai alasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Terdahulu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terkecuali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara apabila baginda bercemar duli membuang undi di Pekan, Pahang.
Ads
Bagaimanapun pada bulan Mac 2022, pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana ia mengecualikan raja, pasangan dan waris mereka daripada didaftarkan secara automatik ke dalam senarai pengundi.
Pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia adalah untuk memastikan raja-raja kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Perkara 119A Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui warta, mengecualikan mana-mana raja dan waris mereka daripada direkodkan dalam senarai pengundi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas wabak pandemik COVID-19 melanda negara kita, masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan kehidupan new normal yang perlu dijalani setiap hari.
Pemakaian face mask, hand sanitizer dan penjarakan fizikal antara yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sekarang.
Jika nak masuk ke shopping mall atau di mana-mana kedai sekali pun, kita diwajibkan untuk mencatat suhu dan mendaftar diri dengan menggunakan QR Code sebelum masuk ke dalam premis.
Bukan itu sahaja, sekiranya korang ingin menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin atau rumah terbuka, eloklah jika disediakan kemudahan daftar melalui QR Code ini bagi merekod kehadiran tetamu. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?
Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.
Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.
Jom kita try!
1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register
3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit
4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit
5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang
6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.
Lebih puluhan tahun, biskut kegemaran rakyat Malaysia Famous Amos menyinari kehidupan peminatnya.
Malah, pelbagai variasi resepi membuat biskut ini dikongsikan pada umum tapi korang kenal tak siapa sebenarnya pencipta biskut ‘berbau harum dan menyelerakan ini’.
Untuk pengetahuan korang, Wallace “Wally” Amos merupakan pencipta empayar biskut Famous Amos yang dinamakan sempena namanya. Baru-baru ini beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada hari Selasa lepas (13 Ogos)pada usia 88 tahun.
Hilang pemilikan syarikat Amos
Amos – individu yang mencipta empayar biskut Famous Amos, bagaimanapun, akhirnya kehilangan pemilikan syarikat tersebut serta hak untuk menggunakan nama Amos yang sangat terkenal.
Pada tahun-tahun terakhir hidupnya, beliau menjadi pemilik kedai biskut bernama Chip & Cookie di Hawaii, tempat beliau berpindah pada tahun 1977. Amos meninggal dunia di rumahnya di Honolulu, di samping isterinya, Carol.
Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi demensia. Anak-anak mendiang, iaitu Sarah, Michael, Gregory, dan Shawn Amos, dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata: “Famous Amos adalah kisah kejayaan besar Amerika dan sumber kebanggaan bagi masyarakat kulit hitam.”
Amos juga merupakan pengasas bersama Uncle Wally’s Muffin Co dan menjadi inspirasi kepada generasi usahawan. Dalam satu wawancara dengan Associated Press pada tahun 2007, Amos berkata: “Menjadi terkenal itu terlalu dibesar-besarkan.”
Mendiang juga pernah dilaporkan berkata, biskut Famous Amos yang dijual sekarang tidak sama dengan biskut asalnya yang menggunakan banyak coklat, mentega asli, dan ekstrak vanila tulen. Syarikat muffin milik Wally Amos yang berpusat di Shirley, New York, pada asalnya ditubuhkan sebagai Uncle Noname Cookie Co pada tahun 1992, beberapa tahun selepas beliau kehilangan jenama Famous Amos.
Namun, Uncle Noname mengalami masalah kewangan dan akhirnya bertukar kepada pengeluaran muffin pada tahun 1996 setelah dicadangkan oleh rakan perniagaannya, Lou Avignone. Di dalam kedai biskutnya di Hawaii yang kini telah ditutup, Amos menjual biskut bersaiz kecil yang serupa dengan yang pertama kali dijualnya di kedai Famous Amos di Hollywood.
Sepanjang hayatnya, Amos juga aktif dalam mempromosikan literasi, termasuk menyediakan bilik bacaan di kedainya dengan sejumlah koleksi buku yang disumbangkan. Beliau juga menulis lapan buah buku, menjadi jurucakap untuk Literacy Volunteers of America selama 24 tahun, selain aktif memberi ceramah motivasi.
Anugerah Literasi
Pada tahun 1991, Presiden George H.W. Bush menganugerahkan beliau Anugerah Literasi atas sumbangannya. Dalam bukunya, “Man With No Name: Turn Lemons Into Lemonade,” Amos mendedahkan bagaimana dia kehilangan pemilikan jenama Famous Amos sebelum ia dijual dengan harga AS$63 juta kepada sebuah syarikat Taiwan pada tahun 1991.
Meskipun jualan yang kukuh, perniagaannya mula merosot pada tahun 1985, dan Amos membawa masuk pelabur luar yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan keseluruhan pemilikan syarikat tersebut.
“Pemilik baharu menguasai lebih banyak bahagian saya sehingga tiba-tiba saya mendapati saya telah kehilangan semua pemilikan dalam syarikat yang saya asaskan,” tulis beliau. “Tidak lama kemudian, syarikat itu telah menukar pemilikan sebanyak empat kali.”
Mendiang Amos dilahirkan di Tallahassee, Florida, dan berpindah ke New York pada usia 12 tahun selepas perceraian ibu bapanya. Di New York, beliau tinggal bersama seorang ibu saudara, Della Bryant, yang mengajarnya cara membuat biskut coklat. Dia kemudiannya berhenti daripada sekolah menengah untuk menyertai Tentera Udara sebelum bekerja sebagai kerani bilik surat di agensi William Morris.
Bersama agensi itu, mendiang menjadi ejen bakat, bekerja dengan The Supremes, Simon & Garfunkel, dan Marvin Gaye sebelum meminjam AS$25,000 untuk melancarkan perniagaan biskutnya. Menurut anak mendiang, Shawn Amos, bapanya merupakan ejen kulit hitam pertama dalam perniagaan itu. “Ayah kami mengajar kami tingginya nilai kerja keras, percaya pada diri sendiri, dan mengejar impian kami. Kami juga tahu dia akan menyukainya jika anda mempunyai biskut coklat hari ini,” kata anak-anak mendiang Amos lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...