Warganet Samakan Dengan Aina Abdul? Vida Gayakan Solekan Berani, Labur Wang Untuk MV

Share

 

Bukan satu tetapi DUA solekan berani usahawan dan Presiden Netizen Big Stage 2022, Datuk Seri Vida (DSV) telah mencuri tumpuan warganet pada hari Ahad.

Terdahulu pada sebelah petang semalam, DSV telah mengumumkan bahawa dia bakal melancarkan single terbaru berjudul Ku Ikhlaskan pada 20 Mac ini. Bersempena peluncuran tersebut, penyanyi I Am Me ini turut menyiapkan sebuah video muzik khas untuk tontonan peminatnya.

DSV berkata, rakaman lagu tersebut telah mengambill masa 10 malam untuk disiapkan manakala video muziknya yang menelan belanja RM400,000 pula telah disiapkan selepas penggambaran lima hari.

Pengumuman tersebut telahpun menjadi bualan hangat di media sosial; bukan hanya disebabkan ramai terkejut DSV akan melakukan comeback

dalam bidang muzik tetapi disebabkan solekan serta gaya busana yang digayakannya.
Foto : Instagram

Tampil dalam persalonan serba merah dengan solekan mata berlapis rona dari putih, merah jambu ke hitam; ramai yang menyamakan keberanian DSV untuk keluar dari kotak ini dengan penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul.

Antara ‘kata-kata nakal’ warganet termasuklah, “Aina Abdul versi darkweb,”; “Takutnya.. nak lawan Aina Abdul ke?,” dan “Wow, Vida Abdul.”

Amboi..

Tidak kurang juga ada yang menyamakan DSV dengan Lady Gaga, model opera Cina dan err.. sebagai pelakon filem Munafik 4.

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Maaf Dato Seri Vida Kejutkan Big Stage 2022 – REMAJA

DSV tidak mempedulikan semua kata-kata tersebut apabila beliau tampil di program Big Stage dengan satu lagi gaya yang mengejutkan ramai pihak. Kali ini, DSV mengenakan gaun serba biru oleh Firziey Couture.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang menghangatkan kerusi Presiden Netizen untuk minggu keenam berturut-turut telah menyolek keningnya putih sambil mengenakan bulu mata palsu dalam rona sama.

Foto : Instagram
Foto : Instagram
Penampilan hijab Aina Abdul sewaktu dijemput sebagai Juri Juara di program Big Stage 2020; beberapa minggu lalu telah dikatakan menjadi inspirasi untuk penampilan DSV semalam. Foto : Instagram

“Saya ni mekap sendiri je pun. Mekap ni adalah sempena video muzik saya, one of the character seperti dalam music video. You tolong subscribe segera di DSV Entertainment. Orang terawal yang share (ke media sosial) akan dapat hadiah.

“(Lagipun) minggu ini tema ialah ‘Change 360’. Jadi saya mekap lain daripada kebiasaan,” jelasnya.

BACA LAGI : Ditulis Dengan DSV! Lihat 5 Lirik Menarik Dari Single Baru Cik B, ‘Tolonglah’ – REMAJA

Apacam? Berani tak korang tampil di khalayak ramai dalam solekan bulu mata putih ini? Hehe..

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ